awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai penuhi jalan Saint-Tropez untuk pengebumian Brigitte Bardot
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad

Bernama
Bernama
20/08/2022
04:10 MYT
Imran dakwa penasihatnya didera secara seksual ketika ditahan di Islamabad
Imran juga dikatakan telah dihalang untuk melawat Gill yang dirawat di Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) Islamabad. - Foto fail/REUTERS
NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mendakwa satu daripada pegawai parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang ditahan di Islamabad baru-baru ini telah didera secara seksual.
Shahbaz Gill yang juga penasihat Imran telah ditahan pada 9 Ogos selepas polis mendapati komennya mengenai tentera yang disiarkan di televisyen ARY dianggap berbaur "hasutan".
BACA: Dakwa diseksa, pembantu peribadi Imran Khan dimasukkan ke hospital
Pada Jumaat Imran menerusi media sosial memuat naik semua gambar dan video menunjukkan dengan jelas Gill didera mental dan fizikal serta secara seksual yang pada beliau satu perbuatan "amat mengerikan".
"Dia telah dimalukan. Saya ada maklumat terperinci. Polis ICT (di Islamabad) mengatakan mereka tidak melakukan sebarang penderaan. Jadi soalan saya ialah: Siapa yang mendera Gill?".
"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," ciap Imran di Twitter.
Imran juga dikatakan telah dihalang untuk melawat Gill yang dirawat di Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) Islamabad.
Gill yang dikawal rapi anggota polis dilihat berkerusi roda dan terpaksa menerima bantuan oksigen.
"Jika seorang petugas politik (seperti Gill) boleh didera sedemikian maka tidak mustahil perkara itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja," kata Imran kepada pemberita di luar perkarangan hospital.
PTI serta penyokongnya dengan kerjasama ARY dan saluran media lain, mengadakan bantahan di seluruh negara pada Sabtu menuntut Gill dibebaskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#penasihat
#Shahbaz Gill
#dera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan