awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa diseksa, pembantu peribadi Imran Khan dimasukkan ke hospital

Bernama
Bernama
18/08/2022
04:15 MYT
Dakwa diseksa, pembantu peribadi Imran Khan dimasukkan ke hospital
Imran mendakwa "keadaan kesihatan mental dan fizikal Gill semakin merosot akibat penyeksaan yang dilakukan terhadap beliau" ketika dalam tahanan.- Gambar hiasan
NEW DELHI: Pembantu peribadi bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan, Shahbaz Gill dimasukkan ke hospital di Islamabad pada malam Rabu susulan dakwaan diseksa ketika berada dalam tahanan polis.
Gill, merupakan pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), telah ditahan polis pada 9 Ogos di Islamabad berikutan kenyataan kontroversinya mengenai tentera menerusi siaran di televisyen.
Imran dan pemimpin tertinggi PTI mendakwa Gill telah dibogelkan dan diseksa selepas penahanannya.
Seorang hakim mahkamah rendah Islamabad pada Rabu meluluskan reman ke atas Gill dilanjutkan dua hari lagi untuk soal siasat.
Kesihatannya kini dilaporkan merosot dan Gill dibawa ke hospital.
Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan keadaan Gill diusung di atas pengusung sambil memakai alat bantuan pernafasan.
Imran mendakwa "keadaan kesihatan mental dan fizikal Gill semakin merosot akibat penyeksaan yang dilakukan terhadap beliau" ketika dalam tahanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu peribadi Imran Khan
#Pakistan
#dakwa diseksa
#Khan Shahbaz Gill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan