awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 maut bas bertembung lori di Brazil
'Biar UMNO jadi pembangkang, kita rampas kembali kerajaan pada PRU16' - Akmal Saleh
Keluar pandangan demi kepentingan rakyat, elak polemik tidak perlu - Kamil Munim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imran Khan bebas dengan jaminan

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2023
00:15 MYT
Imran Khan bebas dengan jaminan
Sejak ditahan, Imran berdepan 150 tuduhan termasuk menerima rasuah. - Foto AP
KARACHI: Mahkamah Tinggi Pakistan, membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dibebaskan dengan jaminan, berhubung tuduhan bunuh.
Perintah itu bermakna Imran tidak boleh ditahan semula dalam tempoh 14 hari.
9 Mei lalu, Imran ditahan dan direman selama tiga hari, mencetuskan protes kalangan penyokongnya.
Beliau kini bebas dengan jaminan untuk beberapa kes jenayah.
Bekas bintang kriket berusia 70 tahun, yang menjadi Perdana Menteri pada 2018, terlibat dengan konfrontasi tentera Pakistan, sejak disingkirkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen.
Sejak ditahan, Imran berdepan 150 tuduhan termasuk menerima rasuah.
Beliau mempertahankan dirinya tidak bersalah dan mendakwa tuduhan dibuat ke atasnya bermotifkan politik.
Pertikaian tentera dengan Imran ini mencetuskan kebimbangan dan mengancam kestabilan negara itu yang kini berdepan krisis ekonomi terburuk sejak berdekad lamanya.
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#tuduhan bunuh
#Mahkamah Tinggi Pakistan
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan