awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imran Khan berjanji baik pulih ekonomi Pakistan

Agensi
Agensi
19/08/2018
22:46 MYT
Imran Khan berjanji baik pulih ekonomi Pakistan
IMRAN: Saya akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa wang kutipan cukai akan dilindungi seterusnya membelanjakannya untuk faedah mereka. - Foto REUTERS
Perdana Menteri baharu Pakistan, Imran Khan berjanji akan melaksanakan beberapa langkah bagi tujuan membaik pulih keadaan ekonomi negara tersebut yang kini disifatkan kritikal.
Dalam ucapan sulung selepas menjawat jawatan tertinggi itu, Imran melihat antara perkara utama termasuk belanjawan kerajaan wajar dikurangkan.
Selebihnya, bekas legenda kriket yang terjun ke arena politik ini melihat perlunya menamatkan gejala rasuah selain mengembalikan semula dana milik rakyat.
“Saya akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa wang kutipan cukai akan dilindungi seterusnya membelanjakannya untuk faedah mereka.
“Kempen penjimatan akan diteruskan dan akan membentangkan jumlah wang negara yang kami selamatkan setiap hari,” katanya.
Ucapan beliau turut menyentuh mengenai jurang golongan kaya dan miskin yang dilihatnya semakin meningkat.
BACA: Imran Khan angkat sumpah sebagai PM Pakistan
Justeru, beliau berjanji akan mengamalkan langkah-langkah penjimatan bagi mengurangkan tekanan ekonomi dan menangani hutang luar negara benilai lebih $AS95 bilion.
Tambahnya, beberapa sektor utama seperti kesihatan dan pendidikan bakal disuntik elemen transformasi secara besar-besaran.
Antara lain, beliau turut berjanji akan menjaga serta memastikan hubungan baik dengan semua negara demi mencapai keamanan demi sebuah Pakistan baharu.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Imran Khan
#kritikal
#Pakistan baharu
#perdana menteri pakistan
#PM Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan