awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion

Bernama
Bernama
30/11/2023
20:07 MYT
India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Kementerian Pertahanan India pada Khamis meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee (AS$26.7 bilion). - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Kementerian Pertahanan India pada Khamis meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee (AS$26.7 bilion).
Majlis Pemerolehan Pertahanan (DAC) kementerian itu berkata sebahagian besar sistem akan diperoleh daripada pengeluar tempatan.
Peluru antikereta kebal, senjata artileri mudah alih dan peluru berpandu antikapal adalah antara senjata yang mendapat kelulusan awal.
Pembelian itu juga termasuk 97 jet pejuang Tejas untuk tentera udara dan 156 helikopter tempur Prachand untuk tentera darat daripada Hindustan Aeronautics Ltd, syarikat pengeluar tempatan milik kerajaan, lapor media tempatan.
Majlis itu juga meluluskan projek menaik taraf 84 pesawat pejuang Su-30MKI yang digunakan oleh Tentera Udara India.
Ketiga-tiga cadangan pemerolehan itu dianggarkan menelan belanja AS$19.2 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan India
#helikopter
#jet pejuang
#pemerolehan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan