awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria

Bernama
Bernama
07/12/2024
03:20 MYT
India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria
Kumpulan penentang bersenjata dilihat di jalanan selepas mengambil alih Hama. - Foto AP
NEW DELHI: India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria dan meminta warga India yang berada di negara itu untuk meninggalkan Syria secepat mungkin susulan kumpulan penentang bersenjata menawan bandar-bandar utama dalam tempoh seminggu lalu.
“Memandangkan situasi yang sedang berlaku di Syria, warga India dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria sehingga pemberitahuan lanjut,” menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada malam Jumaat.
Sementara itu, warga India di Syria diminta untuk terus berhubung dengan kedutaan India di Damsyik bagi mendapatkan perkembangan terkini.
“Mereka yang berkemampuan dinasihatkan meninggalkan Syria dengan penerbangan komersial terawal yang tersedia, manakala yang lain disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya, mengehadkan pergerakan seminimum mungkin demi keselamatan,” menurut kementerian itu.
Jurucakap kementerian, Randhir Jaiswal dalam satu taklimat media sebelum ini memaklumkan terdapat kira-kira 90 rakyat India berada di Syria.
Pada Jumaat, pasukan penentang Syria dilaporkan berada berhampiran bandar Homs dan dalam perjalanan ke ibu kota Damsyik, selepas menawan Hama pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Syria
#kumpulan penentang bersenjata
#perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan