awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India zahir sokongan terhadap Filipina dalam isu tuntutan LCS dengan China

Agensi
Agensi
14/07/2023
10:30 MYT
India zahir sokongan terhadap Filipina dalam isu tuntutan LCS dengan China
Penilaian semula terhadap arbitrasi itu, yang bertujuan menafikan tuntutan China ke atas Laut China Selatan, termasuk sembilan garis putus-putus (foto), dizahirkan selepas India meningkatkan penglibatan mereka dengan negara-negara ASEAN. -Wikipedia
NEW DELHI: Kerajaan India dilaporkan telah melihat semula pendiriannya yang dicapai pada Arbitrasi Laut China Selatan 2016 selepas pegawai diplomatnya mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Filipina minggu lepas.
Memetik laporan portal Institusi Naval Amerika Syarikat (USNI), pertemuan itu adalah bagi kerajaan India menyatakan sokongan mereka terhadap Manila berhubung tuntutan persempadanan ke atas China.
Portal tersebut melaporkan, penilaian semula terhadap arbitrasi itu, yang bertujuan menafikan tuntutan China ke atas Laut China Selatan, termasuk sembilan garis putus-putus (nine-dash line), dizahirkan selepas India meningkatkan penglibatan mereka dengan negara-negara ASEAN.
Untuk rekod, Filipina pada 2013 telah memfailkan kes arbitrasi terhadap China di Tribunal Arbitrasi, selepas mengambil kira peningkatan aktiviti Beijing di Laut China Selatan.
Pada 2016, tribunal yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut (UNCLOS) itu memutuskan bahawa kebanyakan tuntutan Beijing di Laut China Selatan bukan terhadap pulau, tetapi batuan dan ketinggian air surut.
Keputusan itu telah mengurangkan asas Garisan Sembilan Sempang (Nine-Dash Line), iaitu antara justifikasi yang diguna pakai China dalam tuntutannya ke atas kawasan perairan itu.
China bagaimanapun bertegas tidak mengiktiraf arbitrasi itu, yang ditakrifkan Menteri Luar China sebagai tidak sah dan tidak mempunyai daya pengikat, selain berkata keputusan itu tidak akan mengubah aktiviti pengembangan mereka di Laut China Selatan.
Duta India ke Manila, Shambhu Kumaran dilaporkan sebagai berkata, India berkongsi kegusaran dengan Filipina mengenai tuntutan China, dan menegaskan New Delhi perlu mempunyai pendirian yang tegas bagi menjamin kedaulatan negara mereka.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#USNI
#Arbitrasi Laut China Selatan 2016
#Nine-Dash Line
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan