awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu paling ramai pengikut di TikTok Khaby Lame dedah beragama Islam, hafal Al-Quran

Agensi
Agensi
11/07/2022
06:31 MYT
Individu paling ramai pengikut di TikTok Khaby Lame dedah beragama Islam, hafal Al-Quran
Kandungan video Lame sering mencuit hati pengguna Tiktok kerana sindiran dan reaksi lucunya terhadap 'life hacks' yang dianggap terlalu rumit. - Youtube/Khaby Lame Official
PERSONALITI media sosial Khaby Lame, yang baru-baru ini menyingkirkan Charli D’Amelio untuk bergelar individu dengan pengikut paling ramai di TikTok, mendedahkan bahawa dia bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz) Al-Quran.
“Ya saya seorang Muslim, dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya," katanya kepada sebuah media Itali.
Persoalan tentang agama antara soalan yang paling banyak ditanya kepada Lame.
Lame, 22, yang dilahirkan di Senegal namun dibesarkan di Itali, turut mendedahkan dia dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.
Sebelum mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.
Lame setakat ini mengumpulkan sejumlah 143.2 juta pengikut di TikTok, mengatasi D'Amelio yang mencatatkan 142.3 juta pengikut.
Dia yang merupakan seorang pekerja kilang, hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Apabila bapanya menggesa dia memohon kerja lain, dia menghabiskan berjam-jam setiap hari dengan memuat naik video di TikTok.
Kandungan video Lame sering mencuit hati pengguna TikTok kerana sindiran dan reaksi lucunya terhadap 'life hacks' yang dianggap terlalu rumit.
Topic Berkaitan
#Khaby Lame
#media sosial
#Muslim
#Islam
#hafiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan