Indonesia adakan sidang Isbat 17 Feb, tentukan permulaan Ramadan

Persidangan itu akan merangkumi pembentangan data astronomi mengenai kedudukan anak bulan serta pengesahan cerapan anak bulan dari 37 lokasi di seluruh negara.- Gambar hiasan/ Bernama
JAKARTA: Indonesia akan mengadakan persidangan Isbat atau persidangan penentuan tarikh Ramadan pada 17 Februari ini.
Ketua Pengarah Bimbingan Masyarakat Islam Abu Rokhmad berkata persidangan itu akan merangkumi pembentangan data astronomi mengenai kedudukan anak bulan serta pengesahan cerapan anak bulan dari 37 lokasi di seluruh negara.
"Seterusnya ialah proses perbincangan dan membuat keputusan (semasa sidang Isbat) yang akan diumumkan kepada orang ramai," katanya seperti dilaporkan Agensi Berita ANTARA.
Isbat merupakan forum rasmi kerajaan bagi mengesahkan permulaan bulan dalam kalendar Islam. Persidangan itu akan diadakan di Auditorium Rasjidi, bangunan Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia di sini, dan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Nasaruddin Umar.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


