awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia berjaya kawal COVID-19, laksanakan kepimpinan global - Jokowi

Agensi
Agensi
16/08/2022
06:14 MYT
Indonesia berjaya kawal COVID-19, laksanakan kepimpinan global - Jokowi
Jokowi berkata, dari sudut ekonomi, pertumbuhan yang dicatatkan menunjukkan peningkatan iaitu 5.44 peratus pada awal suku kedua tahun ini. - AP
JAKARTA: Indonesia telah berjaya mengawal pandemik COVID-19 seiring usaha mengembangkan ekonominya, ujar Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada Selasa.
Media tempatan melaporkan, dalam perutusan khas menjelang Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-77 republik itu, Jokowi turut menyatakan bahawa Indonesia turut melaksanakan inisiatif kepimpinan global dalam iklim geopolitik yang tegang.
Jelas Jokowi, Indonesia berada dalam kalangan lima negara teratas di peringkat global dalam jumlah vaksinasi, dengan 432 juta dos telah diberikan kepada rakyatnya.
Dari sudut ekonomi, pertumbuhan yang dicatatkan menunjukkan peningkatan iaitu 5.44 peratus pada awal suku kedua tahun ini, sekali gus menunjukkan kadar pertumbuhan terpantas dalam setahun.
Kadar inflasi setakat ini adalah sekitar 4.94 peratus, di bawah kadar inflasi negara-negara ASEAN iaitu kira-kira 7 peratus.
“Sehingga pertengahan tahun ini, belanjawan republik itu juga menmpunyai surplus berjumlah 106 trilion Rupiah (AS$7.18 bilion),” kata beliau.
Dalam ucapan tersebut, Jokowi turut memberitahu bahawa suruhanjaya pilihan raya juga sedang bersedia untuk pilihan raya 2024.
“Saya mengingatkan anda, tidak perlu lagi wujud politik identiti. Tiada lagi mempolitikkan agama. Tiada lagi polarisasi sosial. Demokrasi kita seharusnya mematang,” katanya.
Dalam pilihan raya terakhir pada tahun 2019 menyaksikan Jokowi bersaing dengan Menteri Pertahanan sekarang ini iaitu Prabowo Subianto. Sesetengah pemerhati menyifatkan persaingan itu sebagai pilihan raya yang paling sengit dan 'kotor' dalam sejarah Negara Garuda tersebut.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#COVID-19
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan