awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Haqimi Azim berhijrah ke Terengganu FC
CEO Apple Tim Cook akui kepenatan, mahu kurangkan tugas
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
08/01/2026
09:30 MYT
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Oktavianus (tiga, kiri) selepas sesi memotong "Nasi Tumpeng" sebagai simbolik pelancaran Extra Joss perisa Oren di Malaysia. -Foto Extra Joss
KUALA LUMPUR: Jenama minuman tenaga paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Extra Joss, mengumumkan pelancaran semula Extra Joss perisa Oren di Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran minuman tenaga tempatan.

Ringkasan AI
  • Jenama minuman tenaga paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Extra Joss, mengumumkan pelancaran semula Extra Joss perisa Oren di Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran minuman tenaga tempatan.
  • Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, berkata pelancaran semula ini bertujuan memperkukuh prestasi jualan serta meluaskan kehadiran jenama, sejajar dengan komitmen syarikat untuk terus menawarkan produk yang menepati citarasa rakyat Malaysia di bawah tagline Extra Joss iaitu Sedap, Segar dan Bertenaga!
  • Menurutnya, walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan utama pengguna tempatan, pengenalan semula perisa Oren memberi ruang kepada segmen pengguna yang mahukan rasa lebih ringan dan menyegarkan, termasuk golongan muda.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, berkata pelancaran semula ini bertujuan memperkukuh prestasi jualan serta meluaskan kehadiran jenama, sejajar dengan komitmen syarikat untuk terus menawarkan produk yang menepati cita rasa rakyat Malaysia di bawah tagline Extra Joss iaitu “Sedap, Segar dan Bertenaga!”
Menurutnya, walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan utama pengguna tempatan, pengenalan semula perisa Oren memberi ruang kepada segmen pengguna yang mahukan rasa lebih ringan dan menyegarkan, termasuk golongan muda.
“Jadi, selain daripada Anggur, walaupun masih disukai, masih berjaya dalam pasaran Extra Joss, tetapi kita juga ada segmen-segmen pengguna tertentu seperti Gen Z, anak muda yang mahukan minuman berperisa tutti-frutti (buah-buahan) baharu,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Majlis Pelancaran Extra Joss Oren di Restoran Nasi Kandar Pelita, Ampang, di sini.
Oktavianus (gambar) ketika memberikan ucapan menekankan Extra Joss kini sedang giat melaksanakan pelbagai rancangan untuk mengeluarkan lebih banyak perisa-perisa menarik. - Foto Extra Joss
Oktavianus (gambar) ketika memberikan ucapan menekankan Extra Joss kini sedang giat melaksanakan pelbagai rancangan untuk mengeluarkan lebih banyak perisa-perisa menarik. - Foto Extra Joss
Selain itu, Oktavianus memaklumkan Extra Joss sedang merangka pelan pembangunan produk yang lebih agresif menjelang 2026 dan 2027, termasuk memperkenalkan lebih banyak perisa baharu bagi memenuhi keperluan serta tingkah laku pengguna yang semakin berkembang.
Ketika ini, Extra Joss menawarkan rangkaian perisa Active, Anggur, dan Mangga yang disesuaikan dengan keperluan serta rutin harian pengguna berbeza daripada pengguna harian biasa, gaya hidup aktif hinggalah mereka yang memerlukan pilihan tenaga segera.
Dalam masa sama, Extra Joss Malaysia turut meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan produk Import Selari (Parallel Import) yang semakin banyak di pasaran.
“Kelemahannya ialah produk ini tidak melalui saluran sahih dan kami tidak dapat menjamin kualiti serta keselamatan, apatah lagi ia berkaitan dengan minuman dan kesihatan.
“Di Malaysia, ia tertakluk kepada Amalan Pengedaran Baik atau Good Distribution Practice (GDP) yang mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dari segi penghantaran dan penyimpanan, termasuk prosedur operasi standard,” jelasnya.
Menurut pihak syarikat, walaupun produk Import Selari bukan barangan tiruan atau seludup, ia tidak melalui proses percukaian Malaysia, tidak mematuhi keperluan pelabelan tempatan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) serta tidak melalui kawalan kualiti rasmi, sekali gus boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Extra Joss Oren mengekalkan formulasi asal yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly, menawarkan rasa oren yang menyegarkan bersama fungsi tenaga segera dalam bentuk yang ringkas dan menyeronokkan.
Extra Joss perisa Oren dipercayai bakal menjadi kegemaran ramai terutama golongan Gen Z yang memiliki gaya hidup aktif namun gemar dengan keseimbangan yang menyegarkan. - Foto Extra Joss
Extra Joss perisa Oren dipercayai bakal menjadi kegemaran ramai terutama golongan Gen Z yang memiliki gaya hidup aktif namun gemar dengan keseimbangan yang menyegarkan. - Foto Extra Joss
Produk ini kini boleh didapati di kedai runcit, kedai borong, mini market, pasar raya utama serta platform e-dagang, selain turut disajikan sebagai air Extra Joss sejuk di kedai mamak, warung, restoran dan outlet makanan serta minuman di luar sana.
Dalam pada itu, Kalbe Malaysia juga sedang giat merancang pelbagai aktiviti pemasaran berskala besar merangkumi media televisyen, radio, media sosial, pengiklanan luar, promosi acara serta penglibatan dalam program belia, sukan universiti dan inisiatif gaya hidup aktif bagi mendekatkan jenama dengan komuniti pengguna di seluruh negara bagi 2026.
Jom NgeJoss dan dapatkan Extra Joss sekarang.
Topic Berkaitan
#Gen Z
#Oktavianus
#Extra Joss perisa Oren
#pelancaran semula
#Kalbe Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan