awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan

Bernama
Bernama
11/11/2024
08:50 MYT
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Kementerian Luar Indonesia memaklumkan bahawa kerjasama itu akan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh setiap negara. - Gambar fail
JAKARTA: Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan, seperti yang termaktub dalam Deklarasi 2002 Kod Tatalaku Pihak Berkepentingan yang dipersetujui oleh negara-negara ASEAN dan China.
Kerjasama itu bertujuan untuk mempromosikan keamanan, persahabatan dan kestabilan di rantau ini, dengan fokus utama pada kerjasama ekonomi terutamanya dalam sektor perikanan dan pemuliharaan, berdasarkan rasa hormat dan kesaksamaan.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Luar Indonesia memaklumkan bahawa kerjasama itu akan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh setiap negara.
"Bagi Indonesia, kerjasama ini mesti mematuhi pelbagai undang-undang dan peraturan yang berkaitan, termasuk undang-undang yang mengawal perairan wilayah; undang-undang berkaitan ratifikasi perjanjian maritim antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Ia juga harus mematuhi ratifikasi perjanjian dua hala mengenai status undang-undang perairan atau penentuan sempadan maritim serta peraturan mengenai "marine spatial planning", pemuliharaan dan pengurusan perikanan, percukaian dan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian, semua tanggungjawab dan perjanjian antarabangsa Indonesia yang berkaitan dengan kawasan itu akan kekal tidak terjejas dan sah tanpa sebarang perubahan.
"Kerjasama ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap tuntutan "Nine-Dash Line" atau Sembilan Garis Putus.
"Indonesia menegaskan pendiriannya bahawa tuntutan ini tidak mempunyai asas dalam undang-undang antarabangsa dan tidak selaras dengan UNCLOS 1982.
"Oleh itu, kerjasama ini tidak akan memberi kesan terhadap kedaulatan, hak kedaulatan atau bidang kuasa Indonesia ke atas Laut Natuna Utara," jelas kementerian itu.
Indonesia juga percaya bahawa kerjasama berkenaan akan menyumbang kepada penyelesaian Kod Tatalaku di Laut China Selatan yang akan mewujudkan kestabilan di kawasan terbabit, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#China
#Laut China Selatan
#Kerjasama maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan