JAKARTA: Memandangkan hari ini genap setahun rampasan kuasa tentera di Myanmar, Indonesia dan Singapura mengecam keras kudeta itu dan menggesa junta tentera untuk segera melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5-PC).
Tentera Myanmar perlu segera memberi akses kepada duta khas ASEAN untuk memulakan tugas berdasarkan mandat pemimpin-pemimpin ASEAN, kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan.
"Sebagai sebuah keluarga, ASEAN telah menghulurkan bantuan melalui 5-PC. Malangnya, setakat ini, belum ada kemajuan yang ketara dalam pelaksanaan 5-PC," menurut kenyataan itu.
Indonesia juga akan terus menghulurkan bantuan, kata kementerian itu, sambil menambah bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat Myanmar menjadi keutamaan negara itu.
Negara terbesar di Asia Tenggara itu juga menghargai sokongan masyarakat antarabangsa terhadap 5-PC ASEAN untuk menangani krisis di Myanmar.
Pada 23 Januari, Presiden Joko Widodo meluahkan rasa kesal kerana junta tentera "tidak komited untuk melaksanakan 5PC semasa lawatan Perdana Menteri Kemboja dan Pengerusi ASEAN Samdech Techo Hun Sen bulan lepas.
Kekecewaan itu disampaikan semasa panggilan telefonnya dengan Hun Sen atas permintaan kerajaan Kemboja.
Sementara itu, di Singapura, republik itu berkata ia kekal prihatin terhadap keadaan di Myanmar dan kecewa dengan kekurangan kemajuan dalam pelaksanaan 5-PC ASEAN.
Negara itu menggesa pihak berkuasa tentera Myanmar untuk segera melaksanakan 5-PC dengan sepenuhnya, termasuk memudahkan lawatan Duta Khas ke Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.
Singapura juga menggesa semua tahanan politik dibebaskan termasuk U Win Myint, Daw Aung San Suu Kyi dan tahanan asing. Pihak berkuasa tentera Myanmar juga digesa mengelakkan tindakan yang bertentangan dengan perdamaian nasional di Myanmar.
"Keadaan rakyat di Myanmar semakin merosot," kata kenyataan itu.
"Singapura tetap komited untuk menyokong usaha ASEAN dalam mengurangkan kesengsaraan di Myanmar," kata Kementerian Luar (MFA) republik itu dalam satu kenyataan hari ini.
Myanmar bergolak sejak 1 Feb 2021 apabila ketua angkatan tentera Jeneral Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi dengan lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh dalam rusuhan yang berlaku selepas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Kementerian Luar Indonesia berkata, tentera Myanmar perlu segera memberi akses kepada duta khas ASEAN untuk memulakan tugas berdasarkan mandat pemimpin-pemimpin ASEAN. - Gambar fail/REUTERS
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.