awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Eropah bersatu bantah tarif AS berhubung Greenland
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Patuh teguran Agong, tindakan tegas Ahli Parlimen sentuh 3R dalam sidang Parlimen - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia, Filipina terima bantuan tambahan vaksin COVID-19, Thailand pertingkat vaksinasi

Bernama
Bernama
17/09/2021
12:24 MYT
Indonesia, Filipina terima bantuan tambahan vaksin COVID-19, Thailand pertingkat vaksinasi
Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul, yakin negara itu akan mencapai sasaran vaksinasi COVID-19 untuk 50 juta orang, atau sekitar 70 peratus penduduk, pada akhir tahun ini. - Reuters
HANOI: Indonesia dan Filipina menerima bantuan tambahan vaksin COVID-19 melalui kemudahan COVAX, sementara Thailand yakin dapat merealisasikan sasarannya untuk memvaksinasi 70 peratus penduduk.
Pada Jumaat, Indonesia menerima 2.6 juta dos vaksin Pfizer Bio-NTech dari Amerika Syarikat (AS), serta satu juta dos vaksin Moderna dan 968,360 dos vaksin AstraZeneca dari Perancis melalui Kemudahan COVAX.
Menurut agensi berita Vietnam, setakat ini, AS telah memberikan 12 juta dos vaksin untuk Indonesia dengan kerajaan Perancis pula komited untuk memberikan tiga juta dos kepada negara itu.
Sementara itu, kerajaan AS akan memulakan penghantaran 2.58 juta lagi dos vaksin COVID-19 ke Filipina juga melalui COVAX, kata seorang pegawai Rumah Putih pada Khamis.
Dengan penghantaran terbaharu vaksin Pfizer Bio-NTech itu menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang dihantar ke Filipina melebihi sembilan juta.
Di Thailand, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul yakin negara itu akan mencapai sasaran vaksinasi COVID-19 untuk 50 juta orang, atau sekitar 70 peratus penduduk, pada akhir tahun ini.
Kini, kadar vaksinasi sehari di Thailand adalah sebanyak 700,000 dos dan setakat ini, sekitar 20.81 peratus penduduk tempatan telah lengkap divaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#Indonesia
#Filipina
#pandemik
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan