DUNIA
Indonesia gagalkan perdagangan haram secara dalam talian serangga jarang ditemui

Pihak berkuasa telah menahan seorang suspek dan merampas pelbagai spesimen serangga dilindungi. - Foto Instagram/gakkum_kehutanan
JAKARTA: Pegawai Kementerian Perhutanan Indonesia menggagalkan operasi perdagangan haram melibatkan ratusan serangga jarang ditemui yang hampir pupus, kata Ketua Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Perhutanan Wilayah Maluku dan Papua, Fredrik E. Tumbel, pada Rabu, lapor Xinhua.
Tumbel berkata kes itu terbongkar hasil rondaan siber yang dijalankan oleh unit perisikan agensi berkenaan pada awal Jun, yang mengenal pasti satu akaun dalam talian memuat naik gambar pelbagai spesimen rama-rama dan kumbang yang dilindungi.
Dengan kerjasama Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Papua Barat Daya, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek dan merampas pelbagai spesimen serangga dilindungi.
Secara keseluruhan, pihak berkuasa telah merampas 170 spesimen rama-rama dan kumbang yang diawet."Agensi ini kekal komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran perlindungan hidupan liar, termasuk perdagangan haram secara dalam talian," kata Tumbel.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membeli atau menjual hidupan liar, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami