JAKARTA: Menteri Luar Indonesia, mendesak kerajaan Taliban supaya menghormati hak-hak wanita dan tidak membiarkan Afghanistan menjadi pusat tumpuan kegiatan ekstremis.
Retno Marsudi menegaskan, Indonesia memantau rapat situasi di Afghanistan dan berharap negara itu tidak akan digunakan sebagai pusat tumpuan dan latihan bagi aktiviti pengganas yang mengancam keamanan dan kestabilan di rantau Asia.
“Indonesia memantau secara rapat situasi di Afghanistan termasuk pembentukan pemerintahan sementara.
“Pada masa sama, Indonesia berharap Afghanistan tidak digunakan sebagai hab atau pusat penyebaran kegiatan pengganas yang mampu mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini,” kata Marsudi.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi pertemuan bersama Menteri Luar Australia, Marise Payne yang membuat lawatan ke Jakarta bagi meningkatkan hubungan keselamatan.
BACA: Krisis Afghanistan: ICRC gesa Bank Dunia henti sekat dana
Indonesia, negara populasi muslim terbesar dunia sebelum ini telah diserang anggota militan di pulau pelancongan Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang yang mana kebanyakannya warga asing, termasuk 88 warga Australia.
Pengeboman yang menjadi peristiwa hitam di Bali itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan tindakan militan Al-Qaeda.
Marsudi dan Payne turut mendesak Taliban untuk menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia, terutama hak wanita dan remaja wanita.
Pada Selasa, Taliban membentuk kerajaan sementara yang kesemuanya dipimpin golongan lelaki dan kebanyakan yang tercalon adalah veteran pemerintahan pada era tahun 90-an dan telah terlibat dalam pertempuran selama 20 tahun melawan pasukan yang dipimpin AS.
Agensi
Thu Sep 09 2021
Retno Marsudi (kanan) dan Payne turut mendesak Taliban untuk menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia, terutama hak wanita dan remaja wanita. - AP Newsroom
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Taliban pamer senjata dalam muzium
Bahagian kecil muzium telah diletakkan pelbagai objek perang yang kini menjadi tarikan pengunjung paling ramai.
Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban
Seramai empat daripada enam penumpang ditemukan masih hidup selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di Afghanistan.
Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan
Taliban yang berdepansekatan PBB kerana keganasan tidak lagi dianggap sebagai organisasi yang diharamkan di Kazakhstan.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.
Taliban larang kaum wanita kunjungi taman negara Afghanistan
"Bersiar-siar bukanlah keperluan untuk kaum wanita," kata Menteri Hal Ehwal Kebajikan.
Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak
Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul.
Taliban larang operasi salun kecantikan di Afghanistan
Taliban larang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini.