awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia janji percepat proses eksport minyak sawit

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2022
02:16 MYT
Indonesia janji percepat proses eksport minyak sawit
Indonesia lazimnya mengeksport sekitar 2.5 juta tan produk minyak sawit setiap bulan. -Gambar hiasan
JAKARTA: Indonesia telah mengeluarkan kira-kira 302,000 tan permit eksport minyak sawit sejak negara itu meneruskan kembali eksport komoditi tersebut.
Menteri Kanan, Luhut Pandjaitan memberi jaminan kepada petani dan pengeksport bahawa pihak berkuasa akan mempercepatkan proses permit.
Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, pada 28 April lalu menghentikan eksport minyak itu dalam usaha mengawal harga domestik yang melonjak.
Kerajaan membenarkan eksport disambung semula mulai 23 Mei, tetapi meletakkan dasar untuk melindungi bekalan domestik dipanggil Obligasi Pasaran Dalam Negeri (DMO) di mana pengeluar mesti menjual sebahagian daripada produk mereka di dalam negara terlebih dahulu.
Perubahan dasar itu telah mengakibatkan kerenah birokrasi dan pengeluaran permit eksport yang perlahan, kata kumpulan industri dan peniaga yang membantu mengekalkan harga minyak sawit global tinggi di tengah-tengah pengeluaran lemah daripada pesaing Malaysia.
Indonesia lazimnya mengeksport sekitar 2.5 juta tan produk minyak sawit setiap bulan.
Luhut berkata kerajaan akan mewajibkan syarikat minyak sawit menjual bersamaan 300,000 tan minyak masak sebulan di bawah DMO dalam tempoh peralihan berikutan eksport disambung semula.
Pegawai Kementerian Ekonomi Indonesia Musdhalifah Machmud pada taklimat yang sama berkata kerajaan telah membuat pelarasan berhubung levi eksport dan peraturan yang menyatakan perubahan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Indonesia pada masa ini mengenakan levi maksimum AS$375 setiap tan untuk eksport minyak sawit mentah di samping cukai eksport maksimum AS$200 setiap tan.
Siling levi dinaikkan pada Mac dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak jualan dalam pesisir.
Sementara itu, Luhut juga berkata kerajaan akan menjalankan audit ke atas sektor sawit bagi memastikan masalah seperti itu tidak berulang pada masa hadapan.
Topic Berkaitan
#minyak sawit
#pasaran domestik
#cukai eksport
#Luhut Pandjaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan