awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kaji semula sesi pembelajaran bersemuka selepas kes COVID-19 meningkat

Bernama
Bernama
02/02/2022
13:31 MYT
Indonesia kaji semula sesi pembelajaran bersemuka selepas kes COVID-19 meningkat
Hampir sebulan selepas sesi persekolahan bermula di Jakarta, 98 sekolah di ibu negara telah ditutup selama lima hari kerana wabak berkenaan. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Angka kes harian COVID-19 dilaporkan terus meningkat di sekolah, mengakibatkan pihak berkuasa Indonesia melancarkan penilaian menyeluruh terhadap sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah (PTM).
Presiden Joko Widodo meminta pihak berkuasa di tiga wilayah iaitu Banten, Jakarta dan Jawa Barat yang merekodkan bilangan kes tertinggi untuk menilai pelaksanaan PTM.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi meminta penilaian itu dibuat ketika sesi mesyuarat secara maya di Kalimantan Timur pada Isnin.
Mesyuarat secara maya itu diadakan bagi membuat penilaian perintah kawalan pergerakan (PPKM).
"Saya ingin menekankan kes aktif telah meningkat... Kita mesti terus berwaspada," media memetik beliau sebagai berkata.
Indonesia melaporkan 16,021 kes baharu jangkitan COVID-19 pada Selasa, melonjak daripada 274 kes pada 1 Januari, didorong oleh varian Omicron.
Sebanyak lima kematian dicatatkan akibat varian itu setakat ini.
Hampir sebulan selepas sesi persekolahan bermula di Jakarta, 98 sekolah di ibu negara telah ditutup selama lima hari kerana wabak berkenaan.
Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata kerajaan tempatan sedang memantau keadaan itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan sesi PTM digantung sementara jika warga sekolah berisiko tinggi dijangkiti virus itu.
Pada 3 Januari, Indonesia membuka semula 264,704 atau 59 peratus sekolah, melibatkan 33,497,256 pelajar dengan kapasiti 100 peratus di bawah syarat-syarat ketat.
Pihak berkuasa memutuskan tindakan berkenaan selepas 80 peratus guru telah menerima dua dos vaksin, dan 80 peratus pelajar telah menerima suntikan dos pertama manakala 58 peratus daripada mereka telah lengkap divaksin.
Penutupan sekolah ketika pandemik telah menyebabkan kebimbangan mengenai pembelajaran generasi COVID-19.
Ketika kerajaan di seluruh dunia menimbang risiko kesihatan membuka semula sekolah pada Disember lepas, pengarah eksekutif UNICEF Henrietta Fore memberi amaran penutupan sekolah harus menjadi langkah terakhir meskipun varian Omicron sedang menular.
Selain ketinggalan pelajaran, beliau berkata kanak-kanak juga telah kehilangan persekitaran selamat di sekolah, interaksi harian dengan rakan-rakan, akses kepada penjagaan kesihatan, dan hidangan berkhasiat mereka pada hari itu.
"Kerajaan harus meningkatkan pelaburan dalam liputan digital bagi memastikan tiada kanak-kanak tertinggal," katanya dalam satu kenyataan.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#sesi pembelajaran bersemuka
#COVID-19
#Presiden Joko Widodo
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan