INDONESIA mendakwa negara itu bukan penyebab masalah jerebu menyelebungi Kuala Lumpur ketika ini.
Sebaliknya, kerajaan negara itu menegaskan, jerebu yang mencetus kebimbangan masyarakat di Malaysia datang dari Sarawak.
Dakwaan itu dibuat Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang tegas meminta kerajaan Malaysia agar bersikap objektif dan tidak hanya menuding jari pada negara itu.
"Ada informasi yang dia tidak buka. Sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebagian dari Kalimantan Barat. Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya," kata Siti Nurbaya seperti dilaportkan portal berita Tempo.co.
Selain Malaysia, Siti Nurbaya juga mempersoalkan tindakan kerajaan Singapura yang turut mendakwa jerebu yang melanda negara itu berasal dari Riau.
Dakwaan Singapura itu, tegas Siti Nurbaya tidak benar kerana titip api di Riau sudah mula menurun.
"Tidak benar, ada (asap) dari Riau nyeberang ke Singapura. Titik api di Riau sudah turun. Kita punya 46 helikopter yang bekerja di lapangan," kata Siri Nurbaya mempertahankan negaranya.
Dalam masa sama, menteri berkenaan berkata, ketika ini masalah asap lintas negara (trans boundary haze) sudah tidak berlaku lagi.
"Puncak asap tertinggi terjadi pada 8 September pagi, tapi hanya terjadi satu jam kerana angin bergerak ke arah Barat Laut.
"Dari Kalimantan dan Sarawak, Kalimantan Barat, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Jadi jangan bilang hanya dari Indonesia," ujar beliau lagi.
Siti Nurbaya juga memaklumkan, laporan berhubung masalah jerebu itu sudah disampaikan kepada Presiden Joko Widodo, Menteri Politik dan Hukum, Wiranto serta agensi-agensi berkepentingan yang lain.
Sehubungan itu, Siti Nurbaya berkata, beliau akan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia di Jakarta bagi memastikan gambaran yang sebetulnya disampaikan kepada kerajaan.
"Saya akan menulis surat kepada Duta Besar Malaysia di Jakarta untuk diteruskan kepada menterinya. Jadi, saya kira supaya yang betul datanya," kata Siti Nurbaya.
Astro Awani
Wed Sep 11 2019

Putrajaya tidak ketinggalan berhadapan dengan masalah jerebu. - Gambar BERNAMA

Rasuah | Indeks Persepsi Rasuah Malaysia bagi tahun 2020
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2020 jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019. Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 peratus berbanding skor sebanyak 53 pada tahun sebelumnya. Keputusan tinjauan yang dilakukan setiap tahun itu diumumkan beliau secara maya pada Khamis.

Davos 2021 | Syarikat kurang minat pelaburan hasilkan karbon
Lebih banyak syarikat mula mengambil kira pelepasan karbon apabila mereka membuat keputusan pelaburan. Menurut hartawan terkemuka yang juga merupakan pengasas Breakthrough Energy, Bill Gates, syarikat-syarikat tersebut juga menjauhkan diri daripada pelaburan yang menghasilkan karbon. Beliau berkata demikian pada sesi forum sempena Davos agenda week 2021 anjuran Forum Ekonomi Dunia.

AWANI Ringkas: Pengambilan pekerja perlahan tahun 2021 | Individu sering menaip di komputer terdedah

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

COVID-19 | Sekatan di England diteruskan sehingga 8 Mac depan
Perdana Menteri UK, Boris Johnson pertahan keputusan berkenaan sekatan di England tetap akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 8 Mac ini. Johnson mengingatkan bahawa sasaran sekatan sehingga 8 Mac itu bergantung kepada kejayaan sekatan yang sedang dilaksanakan danprogram vaksinasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | Ketegangan antara Astrazeneca dan EU berterusan
Ketegangan antara Kesatuan Eropah dan Astrazeneca kian meningkat selepas pengeluar vaksin COVID-19 itu terus mempertahankan diri daripada tuntutan mengingkari perjanjian dalam pengedaran vaksin. Ketua Eksekutifnya, Pascal Soriot mendakwa, pengagihan kepada blok 27 negara itu adalah sasaran dan bukanlah satu bentuk komitmen.

COVID-19 Global | New Zealand catat 2 kes tambahan dalam komuniti
New Zealand yang menerima pujian kerana kecekapan dalam mengendalikan pandemik COVID-19, kini mula mencatatkan kembali kes penularan dalam komuniti. Tambahan dua kes positif COVID-19 varian afrika selatan melibatkan seorang dewasa dan anaknya itu dipercayai dijangkiti di tempat kuarantin bagi pesakit pertama hujung minggu lalu.

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari... Dia sering datang ke Pusat Internet Komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

Perayaan Thaipusam: Pihak berkuasa mengawal rapi sambutan di Sg Petani
28 anggota polis ditempatkan di Kuil Sri Subramaniam, Sungai Petani ketika perayaan thaipusam bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, berdasarkan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya lima orang saja dibenarkan berada di kuil sepanjang perayaan itu berlangsung.

Indonesia kata jerebu berasal dari Sarawak
Indonesia dakwa negara itu bukan penyebab masalah jerebu menyelebungi Kuala Lumpur ketika ini.