awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia: Kereta Amien Rais ditembak penyerang tidak dikenali

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2014
12:10 MYT
Indonesia: Kereta Amien Rais ditembak penyerang tidak dikenali
Semasa kejadian, Amien (gambar) yang kini merupakan penasihat kepada Parti Amanat Nasional (PAN) sedang tidur di rumahnya. Foto Fail EPA/ARDILES RANTE
Seorang lelaki bermotosikal yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke atas kereta milik bekas speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat Indonesia, Amien Rais pada awal Khamis, lapor Jakarta Globe.
Kereta jenis Toyota Harrier itu diletakkan di halaman rumah Amien di Yogyakarta. Tembakan itu mengenai bahagian kanan kenderaan tersebut.
Semasa kejadian, Amien yang kini merupakan penasihat kepada Parti Amanat Nasional (PAN) sedang tidur di rumahnya. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 2 pagi itu.
Menurut polis, seorang pegawal keselamatan melihat kejadian itu. Polis menemui hanya satu kelongsong peluru biarpun menurut saksi mereka mendengar bunyi tiga das tembakan.
"Kami belum dapat memastikan jenis peluru yang ditembak ke atas kereta itu," kata Pengarah Polis Bahagian Jenayah Yogyakarta, Senior Komander Karyoto seperti dipetik oleh portal berita akhbar itu.
Beliau juga mengatakan peluru tersebut sudah dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut.
Polis menyifatkan kejadian sebagai satu serangan ganas dan mengambil serius apa yang telah berlaku. Siasatan turut dibantu oleh pasukan polis dari Jakarta.
"Sekiranya tidak ditangani dengan segera, kes ini boleh membawa kepada isu-isu lain. Kami mengirimkan pasukan terdiri daripada anggota Bahagian Jenayah Am Nasional dan Makmal Forensik Pusat untuk membantu polis Yogyakarta, kata Ketua Bahagian Jenayah Am Nasional, Komander Jeneral Suhardi Alius seperti dikutip oleh Jakarta Globe.
Amien disanjung sebagai tokoh utama gerakan reformasi yang menjatuhkan bekas Presiden Suharto pada awal 1998. Beliau bagaimanapun sejak kebelakangan ini dikritik keras kerana mendukung Prabowo Subianto yang kalah dalam pemilihan presiden kepada Joko Widodo.
Amien dalam satu wawancara dengan Metro TV meminta pihak berkuasa menyiasat kejadian itu "sampai ketahuan siapa pelakunya, apa motifnya, siapa yang menyuruh dan lain-lain".
Amien percaya penembak itu dibayar oleh seseorang untuk melakukan serangan tersebut kerana penyerang itu melarikan diri mungkin kerana takut. Beliau juga mengatakan sudah memaafkan penembak itu. Polis sehingga ini masih belum menahan sesiapa berhubung kejadian.
Menurut Amien, ini adalah serangan ganas yang ketiga terhadapnya tetapi yang pertama melibatkan senjata api. Dua kejadian lain adalah semasa era reformasi apabila rumahnya yang beliau diami sejak 33 tahun lalu itu dilempar batu sehingga menyebabkan tingkapnya pecah.
Topic Berkaitan
#Amien Rais
#Indonesia
#Jakarta
#Parti Amanat Nasional
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan