awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kesan kes pertama cacar monyet

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2022
23:00 MYT
Indonesia kesan kes pertama cacar monyet
Warganegara Indonesia itu berada dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan serta sedang menjalani kuarantin di rumah. - Gambar hiasan
JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan kes jangkitan cacar monyet pertama di negara itu, pada Sabtu.
Kes berkenaan dikesan pada seorang lelaki yang baru pulang dari negara yang belum dikenal pasti dengan kes yang didokumenkan.
Lelaki yang berusia 27 tahun itu dikesan positif di ibu negara Jakarta, pada lewat Jumaat.
Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, warganegara Indonesia itu berada dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan serta sedang menjalani kuarantin di rumah.
Bagaimanapun, proses pengesanan kontak rapat sedang dijalankan dan kesemua mereka akan menjalani ujian saringan.
Indonesia setakat ini telah mendapatkan perolehan 10,000 dos vaksin bagi cacar monyet.
Kementerian Kesihatan Indonesia turut menggesa agar orang awam kekal tenang kerana cacar monyet boleh dirawat.
Setakat ini negara itu telah mengesan 22 kes yang disyaki di seluruh negara di mana kesemuanya negatif.
Negara jiran, Singapura melaporkan kes pertama cacar monyet bulan lalu dan mengesahkan 15 kes setakat 5 Ogos.
Di Asia Tenggara, Filipina dan Thailand juga mengesahkan kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan kesihatan global dengan lebih 40,000 kes cacar monyet yang disahkan, termasuk segelintir kematian di lebih 80 negara di mana virus itu bukan endamik.
Pada kebiasaannya, penyakit itu menyebabkan simptom ringan hingga sederhana, termasuk demam, keletihan dan lepuhan kulit yang menyakitkan tetapi akan hilang dalam beberapa minggu.
Setakat ini, lima orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak ini, semuanya dicatatkan berlaku di Afrika.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Indonesia
#jangkitan pertama
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan