awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron

Bernama
Bernama
28/12/2021
13:22 MYT
Indonesia kesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron
Pihak Kementerian Kesihatan sedang menjalankan pengesanan kontak menyeluruh di kawasan itu untuk menghentikan varian itu daripada merebak. - AP
JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron COVID-19 pada seorang lelaki berusia 37 tahun dari bandar Medan.
Lelaki itu dan isterinya, yang melawat Jakarta sebulan sekali, tiba di ibu negara pada 6 Disember dan berkunjung ke pusat beli-belah Ashta District 8 di Daerah Pusat Perniagaan Sudirman, Jakarta Selatan pada 17 Disember.
Berikutan itu, kementerian sedang menjalankan pengesanan kontak menyeluruh di kawasan itu untuk menghentikan varian itu daripada merebak, kata jurucakap kementerian itu Dr Siti Nadia Tarmidzi.
Bercakap pada sidang media maya, beliau berkata lelaki itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tanpa gejala kini dikuarantin di hospital.
Menurut Dr Siti Nadia, ujian swab antigennya didapati positif pada 19 Dis, manakala isterinya negatif, sambil menambah sampel itu kemudian dihantar ke Makmal GSI, dan keputusan yang diperoleh pada 26 Dis menunjukkan positif Omicron.
Dengan perkembangan terbaharu itu, Indonesia merekodkan 47 kes Omicron, 46 kes adalah kes import dan satu jangkitan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Omicron
#COVID-19
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan