INTERNATIONAL
Indonesia kutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel di Masjid Al-Aqsa

Kerajaan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa pada Jumaat. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Indonesia, negara tersebut menggesa keganasan terhadap orang awam dihentikan serta-merta.
"Keganasan terhadap orang awam ini tidak boleh dibenarkan dan mesti dihentikan serta-merta, terutamanya di tempat ibadat, Masjid Al-Aqsa, semasa Ramadan," menurut kenyataan itu.
Polis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera - Laporan
BACA: Lebih 150 rakyat Palestin dilaporkan cedera apabila tentera rejim Israel menyerbu kawasan masjid selepas solat subuh pada Jumaat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami