awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia laksana hukuman tembak terhadap 4 pengedar dadah

Agensi
Agensi
29/07/2016
00:30 MYT
Indonesia laksana hukuman tembak terhadap 4 pengedar dadah
Pelaksanaan hukuman ke atas empat pengedar dadah itu telah dijalankan pada jam 12:45 pagi waktu tempatan.
Beberapa jam selepas menjalani hukuman tembak sampai mati di Penjara Nusakambangan, Indonesia, mayat empat banduan mula dibawa keluar dari Pelabuhan Wijayapura.
Empat banduan tersebut ialah warga Indonesia Freddy Budiman dan tiga warga Nigeria, Seck Osmane, Michael Titus dan Humphrey Jefferson Ejike.
Mayat Osmane dan Titus akan diterbangkan ke negara asal mereka, manakala Jefferson akan dikebumikan di Indonesia.
Menurut Timbalan Peguam Negara Indonesia Noor Rachmad, pelaksanaan hukuman ke atas empat pengedar dadah itu telah dijalankan pada jam 12:45 pagi waktu tempatan.
Hukuman ke atas 10 lagi banduan yang disabitkan jenayah dadah walau bagaimanapun belum diputuskan.
Terdapat seramai 14 banduan yang kebanyakannya warga asing menjalani hukuman tembak hingga mati di Penjara Nusakambangan.
Ini adalah kali ketiga Indonesia di bawah pentadbiran dua tahun Presiden Joko Widodo atau Jokowi melaksanakan hukuman mati terhadap penjenayah khususnya pesalah dadah.
Sebelum ini, Indonesia mempertahankan pelaksanaan hukuman mati di negara itu sebagai sebahagian undang-undang positif.
Kenyataan itu sebagai menolak rayuan ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mahu republik itu menangguhkan pelaksanaan hukuman mati ke atas 14 pesalah dadah.
Topic Berkaitan
#Freddy Budiman
#hukuman tembak hingga mati
#Pelabuhan Wijayapura
#Penjara Nusakambangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan