Skip to main content

Dunia

Indonesia laksana WFH setiap Jumaat, sasar penjimatan 20% bahan api

KUALA LUMPUR, Oct 24 -- Indonesia Coordinating Minister for Economic Affairs Airlangga Hartarto speaks at the Special ASEAN Economic Community Council (AECC) Meeting on the Digital Economy Framework Agreement (DEFA) on the sidelines of the 47th ASEAN Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) today.  -- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
Airlangga Hartarto (foto) berkata pemilihan Jumaat dibuat kerana waktu bekerja yang lebih singkat, sekali gus meminimumkan kesan terhadap produktiviti sektor awam. -Gambar fail/Bernama

JAKARTA: Kerajaan Indonesia bakal melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) secara mandatori pada setiap Jumaat bagi penjawat awam sebagai langkah proaktif mengurangkan penggunaan tenaga nasional.

Langkah itu dijangka bermula selepas sambutan Aidilfitri bagi menangani lonjakan kos bahan api susulan ketidaktentuan pasaran minyak global serta konflik berterusan di Asia Barat.

Advertisement

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata pemilihan Jumaat dibuat kerana waktu bekerja yang lebih singkat, sekali gus meminimumkan kesan terhadap produktiviti sektor awam.

Dasar itu akan melibatkan semua Aparatur Sipil Negara (penjawat awam) di peringkat pusat dan daerah, manakala sektor swasta digalakkan turut serta bagi menyokong agenda penjimatan negara.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata pelaksanaan WFH sehari seminggu mampu mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus.

“Langkah ini bukan sahaja mengenai penjimatan kos, tetapi juga tentang pengurusan sumber tenaga yang lebih cekap dalam mendepani krisis global yang tidak menentu,” kata Purbaya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Beliau berkata sektor perkhidmatan kritikal seperti kesihatan, keselamatan dan pengangkutan walau bagaimanapun dikecualikan daripada peraturan baharu itu bagi memastikan kelangsungan urusan orang ramai tidak terjejas.

“Kita perlu memastikan perkhidmatan asas kepada rakyat tetap berjalan pada tahap optimum tanpa sebarang gangguan teknikal atau birokrasi,” kata Purbaya.

Langkah ini dilihat sebagai strategi pentadbiran Presiden Prabowo Subianto untuk memperkukuh ketahanan fiskal negara dan memastikan defisit belanjawan kekal stabil.

Sebelum ini, beberapa bandar besar di Indonesia pernah melaksanakan WFH secara berkala bagi menangani isu kesesakan lalu lintas dan kualiti udara yang merosot.

Must Watch Video