Indonesia lancar BINA Great Sale 2025, pacu pelancongan dan runcit

Widiyanti berkata inisiatif bertemakan “Wisata Belanja di Indonesia Aja” itu dijangka menjana transaksi bernilai IDR 30 trilion serta memberi kesan positif kepada ekonomi republik itu. - Foto Kementerian Pariwisata Republik Indonesia
JAKARTA: Indonesia melancarkan kempen membeli-belah terbesar hujung tahun, BINA Indonesia Great Sale 2025, bermula 18 Disember ini hingga 4 Januari tahun depan.
Ringkasan AI
- Kempen membeli-belah terbesar Indonesia, BINA Indonesia Great Sale 2025, berlangsung dari 18 Disember hingga 4 Januari tahun depan bagi merangsang sektor pelancongan dan perdagangan domestik.
- Kempen bertemakan "Wisata Belanja di Indonesia Aja" dijangka cecah transaksi IDR 30 trilion serta memberi kesan positif ekonomi negara dengan potongan harga 20-80 peratus dan tambahan 11 peratus untuk pelancong asing.
- Industri jangka masa pelaksanaan strategik kerana berdekatan musim Krismas dan Tahun Baharu, menjadikan Indonesia destinasi pelancongan membeli-belah pilihan; pelancongan domestik meningkat 18.99 peratus hingga September.
“Membeli-belah adalah motivasi penting dalam pelancongan. Kerjasama ini akan memberi impak langsung kepada komuniti dan meningkatkan pusingan ekonomi nasional,” katanya pada sidang media di Bangunan Sapta Pesona baru-baru ini.
Kempen ini adalah usaha bersama Kementerian Pelancongan, Persatuan Peruncit dan Penyewa Pusat Beli-belah Indonesia (HIPPINDO) dan Persatuan Pengurusan Pusat Beli-belah Indonesia (APPBI), melibatkan 380 syarikat, 80,000 premis, 800 jenama serta lebih 400 pusat beli-belah di 24 wilayah.
Pengunjung boleh menikmati potongan harga antara 20 hingga 80 peratus, manakala pelancong asing akan menerima tambahan 11 peratus dengan menunjukkan pasport.
Pemain industri menyifatkan masa pelaksanaan ini strategik kerana bertepatan dengan musim Krismas dan Tahun Baharu, iaitu tempoh jualan kedua tertinggi selepas Ramadan dan Aidilfitri.
“Kami mahu menjadikan Indonesia destinasi pelancongan membeli-belah pilihan,” kata Pengerusi HIPPINDO Budihardjo Iduansjah.
Pelancongan domestik terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan 901.9 juta perjalanan direkodkan dari Januari hingga September, meningkat 18.99 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi APPBI Alphonzus Widjaja berkata jualan besar ini mampu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara pada hujung tahun.
“Dengan koordinasi yang mantap, kami mahu memastikan prestasi runcit berada pada tahap optimum,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


