awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia lancar satelit Nusantara Lima untuk luaskan akses digital

Bernama
Bernama
12/09/2025
15:15 MYT
Indonesia lancar satelit Nusantara Lima untuk luaskan akses digital
Nusantara Lima dimiliki PT Satelit Nusantara Lima, anak syarikat PT Pasifik Satelit Nusantara, dengan kerjasama Boeing Satellite Systems, Hughes Network Systems dan SpaceX. - Gambar Indonesia's Communication and Digital Affairs Mini
JAKARTA: Indonesia melancarkan satelit Nusantara Lima dari Cape Canaveral, Amerika Syarikat, pada Khamis sekitar 7 malam waktu tempatan menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX, menurut Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital.
Satelit berkapasiti 160 gigabit sesaat (Gbps) itu, yang terbesar di Asia Tenggara, akan menduduki slot orbit strategik pada kedudukan 113? Timur, meliputi seluruh kepulauan Indonesia dan meningkatkan ketersambungan di wilayah timur.
Menteri Meutya Hafid berkata pelancaran itu bertujuan memastikan akses saksama kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang digital, sekali gus menjadi sebahagian penting dalam program transformasi digital Indonesia.
"Kanak-kanak di Maluku dan Papua akan mendapat akses pendidikan yang sama seperti di Jakarta, pesakit di pulau terpencil boleh berunding dengan doktor pakar, dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) kita boleh bersaing secara digital," katanya dalam kenyataan.
Nusantara Lima dimiliki PT Satelit Nusantara Lima, anak syarikat PT Pasifik Satelit Nusantara, dengan kerjasama Boeing Satellite Systems, Hughes Network Systems dan SpaceX.
Pelancaran ini menyusuli Palapa A1 pada 1976, Nusantara Satu pada 2019 dan SATRIA-1 pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SpaceX
#Ibu Kota Nusantara
#pendidikan
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan