awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah

Bernama
Bernama
31/01/2026
07:45 MYT
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Fadillah menjawab pertanyaan pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya di Dewan SUPP Jalan Sungai Tengah, Matang, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memberikan tumpuan kepada usaha membantu dan berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira soal tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak seterusnya akan diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Ketua Whip GPS berkata gabungan itu tidak bekerja semata-mata ketika menghadapi pilihan raya, sebaliknya berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa.
"Kita lihat pilihan raya itu sebagai satu cara kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menilai tahap kerja kita selama ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini yang dilaporkan berkata Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri pada tahun ini.
Fadillah berkata Pilihan Raya Negeri Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa termasuk pada tahun ini kerana tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir pada Feb 2027.
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 diadakan pada 18 Dis 2021.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#PRN Sarawak
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan