Skip to main content

Dunia

Indonesia lapor dua kes disyaki hantavirus

FILE PHOTO: Test tubes labelled "Hantavirus positive" are held in this illustration taken May 7, 2026. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Indonesia merekodkan 23 kes disahkan hantavirus antara 2024 dan 2026 dengan tiga kematian. REUTERS

JAKARTA: Indonesia melaporkan dua kes disyaki hantavirus di Jakarta dan Yogyakarta di tengah kebimbangan mengenai penularan yang dikaitkan dengan kapal persiaran MV Hondius, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

“Dua kes disyaki kini sedang menjalani pengesahan,” kata Ketua Biro Komunikasi dan Maklumat Awam kementerian itu, Aji Muhawarman.

Indonesia merekodkan 23 kes disahkan antara 2024 hingga 2026 dengan tiga kematian, katanya.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin berkata kerajaan telah berkoordinasi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memperkukuh saringan dan pengesanan awal.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video