Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa Jumaat (24 April) sehingga 1 Jun 2020.
Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan berkata ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah.
Kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun Novie berkata berlaku pengecualian larangan itu kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara itu, atau pemimpin negara luar, selain pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka.
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi sebelum ini mengumumkan Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara bagi membendung penularan virus COVID-19, berkuat kuasa 20 Mac lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 23 2020

Larangan penerbangan itu selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah. - Facebook: @SoekarnoHattaInternationalAirport.Jakata

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Bachok Sabtu lepas, direman.

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

Kehadiran PM China ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh kerjasama serantau
Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama

'Tak pernah draf surat letak jawatan, tak mahu bertanding hanya tohmahan' - Rafizi jawab Nurul Izzah
Rafizi berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan nombor dua parti itu sebagai tohmahan semata-mata.

NVIDIA, OpenAI jalin kerjasama dengan UAE untuk projek pusat data AI 'Stargate'
Inisiatif itu dianggap sebagai langkah penting dalam usaha kerjasama antarabangsa ke arah sistem AI generasi akan datang.

Kerajaan MADANI tidak terlibat inisiatif AI Skyvast - Teo
Teo berkata, kehadirannya pada majlis itu Isnin lepas hanya untuk menyokong usaha pembangunan teknologi dan inovasi tempatan.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia perlu terajui perdagangan Intra-ASEAN
Peningkatan perdagangan antara negara anggota ASEAN mampu menjamin kestabilan bekalan dan rantaian ekonomi serantau dalam menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat.

Sarawak mahu pengiktirafan UNESCO untuk kubu-kubu era Brooke
Sarawak sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk mengiktiraf Fort Trails.

Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan - AGC
AGC memaklumkan dakwaan bahawa Ahmad Terrirudin telah mengelirukan Mahkamah Tinggi di sini adalah tidak berasas sama sekali.

Mohamad Sabu yakin harga santan akan stabil bulan depan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin harga santan segar yang masih mahal dijangka akan stabil semula pada awal bulan depan.

Radio SINAR raikan 80 pendengar setia di Rumah Terbuka bersama Follow Me
Majlis istimewa ini turut mendapat sokongan jenama penjagaan diri Follow Me yang bersama memeriahkan sambutan Syawal dengan para pendengar.

ERA meriahkan Kenduri Raya bersama pendengar setia, rakan industri muzik
Ia bertujuan menghargai sokongan padu yang diberikan terhadap kandungan, acara dan program ERA sepanjang tahun.

Banyak kutip duit raya anak? Simpan SSPN solusi terbaik
Literasi kewangan terutama amalan menabung di Malaysia ketika ini masih lagi rendah, menurut dapatan kaji selidik daripada Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Cadangan perlu penelitian - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan semua pihak perlu meneliti cadangan meminda jumlah kerusi Parlimen untuk memenuhi kuota satu pertiga atau 35 peratus.

PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di Sri Satria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dihoskan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, hari ini.

Op Selamat 24 catat penurunan 41 peratus kes kemalangan maut
Jumlah kemalangan maut menurun kepada 77 kes berbanding 131 kes tahun lepas.

Aidilfitri: Kutipan sampah meningkat lebih dua kali ganda di Kelantan
Secara purata 200 tan metrik sampah dikutip setiap hari sebelum ini, sepanjang Aidilfitri angka itu meningkat kepada 400 tan metrik sehari.

Tak sangka Aidilfitri terakhir bersama adik - Waris
Kakak salah seorang mangsa yang maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Lenggong pagi tadi tidak menyangka sambutan Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir bersama adik tersayang.

Anwar terima kunjungan Prabowo, bincang isu serantau
Perbincangan itu turut menyentuh usaha dan tindakan bersama kepada rakyat Myanmar yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.