awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia luluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac COVID-19

Agensi
Agensi
11/01/2021
12:00 MYT
Indonesia luluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac COVID-19
Indonesia telah menerima tiga juta dosis vaksin Sinovac, yang diberi nama CoronaVac, dan dijadualkan akan menerima sekitar 122.5 juta lagi pada masa depan. - Foto REUTERS
JAKARTA:Pihak berkuasa Indonesia meluluskan penggunaan kecemasan untuk vaksin COVID-19 dibangunkan China Sinovac Biotech.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Indonesia merupakan negara pertama di luar China yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan.
Kebenaran itu diputuskan selepas data sementara melalui ujian kepada manusia di peringkat akhir di Indonesia menunjukkan vaksin itu berkesan 65.3 peratus, kata Penny K. Lukito, yang mengetuai badan pengawasan ubat-ubatan di negara itu.
“Hasil ini memenuhi syarat minimum 50 peratus keberkesanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia," katanya selain mengambil kira hasil percubaan di Brazil dan Turki.
Ujian yang berpusat di Brazil pada minggu lepas menunjukkan vaksin Sinovac adalah 78 peratus berkesan sementara para penyelidik Turki mengatakan pada bulan Disember vaksin menunjukkan keberkesanan 91.25 peratus berdasarkan analisis sementara.
Indonesia sedang menghadapi wabak COVID-19 terburuk di Asia Tenggara dan pihak berkuasa negara itu kini bergantung kepada vaksin untuk membantu mengurangkan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara itu.
Setakat ini, Indonesia melaporkan 836,718 jangkitan COVID-19 dan 24,343 kematian.
Indonesia telah menerima tiga juta dosis vaksin Sinovac, yang diberi nama CoronaVac, dan dijadualkan akan menerima sekitar 122.5 juta lagi pada masa depan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#China
#COVID-19
#Vaksin Sinovac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan