awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan-rakan ASEAN

Bernama
Bernama
20/01/2022
21:21 MYT
Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan-rakan ASEAN
Prabowo berkata, ancaman militer boleh berlaku melalui pasukan tentera asing, perang konvensional, konflik terbuka, pelanggaran kawasan sempadan, penyusupan dan pengintipan perisikan. - Facebook Prabowo Subianto
JAKARTA: Indonesia perlu kukuhkan kerjasama dalam sektor pertahanan dan keselamatan dengan negara-negara ASEAN agar wujud sikap saling mempercayai di tengah-tengah persaingan kuasa besar di Indo-Pasifik, kata Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.
Beliau berkata kerjasama itu sekali gus dapat membina keupayaan pertahanan, meningkatkan profesionalisme anggota tentera negaranya serta memperkukuh industri pertahanan dan menyokong dasar diplomasi luar negeri.
"Ancaman militer diperkirakan akan berpotensi muncul dan membahayakan kedaulatan negara, keutuhan wilayah negara, dan keselamatan segenap bangsa," kata bekas komander pasukan khas itu sebagaimana dilaporkan portal media pada Khamis.
Bercakap semasa mempengerusikan mesyuarat tahunan pimpinan kementeriannya di sini, Prabowo berkata ancaman itu boleh berlaku melalui pasukan tentera asing, perang konvensional, konflik terbuka, pelanggaran kawasan sempadan, penyusupan dan pengintipan perisikan.
Ancaman lain termasuk angkatan bersenjata dari dalam negara sendiri dan gerakan pemisah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Prabowo Subianto
#kerjasama pertahanan
#ancaman militer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan