JAKARTA: Indonesia giat dalam usaha membangunkan pelbagai instrumen fiskal dan kewangan yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti bon hijau dan sukuk, kata Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Beliau berkata sejumlah US$5 bilion dalam bon hijau sukuk global dan 21.8 trilion rupiah (US$1.4 bilion) bagi sukuk hijau domestik telah diterbitkan sejak 2018 bagi mengurangkan aspek pelepasan karbon.
"Instrumen kewangan ini berperanan penting dalam mengurangkan pelepasan itu dan menyaksikan pengurangan daripada 5.7 juta tan karbon dioksida (CO2) pada 2018 kepada 222,647 tan pada 2022," katanya pada sesi dialog Bank Dunia mengenai Perubahan Iklim dan Masa Depan Indonesia, di sini, pada Isnin
Selain itu, Indonesia turut terbabit dalam usaha perkongsian pembiayaan bersepadu bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur, selaras dengan matlamat pembangunan mampan dalam mewujudkan pelan pembiayaan yang konkrit.
"Kita akan terus bekerjasama dan terbuka kepada aspek itu kerana agenda iklim tanpa pembiayaan hanya akan kekal sebagai agenda atau impian," katanya.
Sri Mulyani berkata Indonesia juga setakat ini telah mendapat sokongan kewangan daripada pelbagai negara dan Dana Iklim Hijau (GCF) yang ditubuhkan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Rangka Kerja Perubahan Iklim.
Berdasarkan data Instrumen Kewangan GCF, ia telah memperuntukkan US$486 juta kepada Indonesia yang merangkumi masing-masing 23 peratus ekuiti, 26 peratus dalam pinjaman dan 35 peratus dalam geran, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Sri Mulyani berkata, Indonesia juga setakat ini mendapat sokongan kewangan daripada pelbagai negara dan Dana Iklim Hijau yang ditubuhkan dalam Konvensyen PBB. - Foto Kementerian Kewangan Indonesia
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.