awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mengutuk serangan tembakan rambang di Christchurch

Agensi
Agensi
15/03/2019
05:17 MYT
Indonesia mengutuk serangan tembakan rambang di Christchurch
Ketika kejadian, terdapat enam orang warga Indonesia berada di lokasi. - Gambar fail
Menteri Luar Indonesia pada Jumaat mengutuk sekeras-kerasnya insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand dan pihak pemerintah negara itu sedang memeriksa sama ada terdapat rakyatnya yang terlibat.
"Pemerintah dan rakyat Indonesia menzahirkan takziah atas nasib yang menimpa mangsa dan keluarga masing-masing,” ujar Retno Marsudi dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Retno dipetik sebagai berkata, terdapat enam warga Indonesia di dalam Masjid Al Noor ketika serangan berlaku, dengan tiga orang daripadanya berjaya melarikan diri dan berjaya dihubungi.
Insiden serangan sewaktu solat Jumaat itu terjadi di dua lokasi iaitu Masjid Al Noor di Deans Ave, dan Masjid Linwood di Linwood Ave.
Berdasarkan rekod, terdapat 331 orang warganegara Indonesia tinggal di Christchurch dengan 134 daripadanya merupakan pelajar.
Setakat ini empat suspek serangan telah ditahan termasuk seorang wanita.
BACA: Jangan tular video insiden berdarah Christchurch! - Polis NZ
VIDEO: Tembakan rambang: Warga Malaysia di Christchurch jelaskan keadaan terkini
Topic Berkaitan
#Masjid Al Noor
#Masjid Linwood
#menteri luatr indonesia
#Retno Marsudi
#serangan masjid
#tembakan rambang
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan