awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tangguh penggunaan vaksin COVID AstraZeneca

Bernama
Bernama
16/03/2021
09:52 MYT
Indonesia tangguh penggunaan vaksin COVID AstraZeneca
Indonesia menangguhkan sementara cadangan menggunakan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca berikutan terdapat laporan vaksin itu menyebabkan berlakunya risiko pembekuan darah. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Indonesia menangguhkan sementara cadangan menggunakan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca berikutan terdapat laporan vaksin itu menyebabkan berlakunya risiko pembekuan darah.
Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin ketika bercakap di Parlimen Indonesia seperti dipetik media tempatan berkata, Indonesia kini menunggu laporan lengkap berhubung laporan itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Langkah itu dilakukan selepas Ireland dan Belanda yang turut menangguhkan penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca itu.
Indonesia sebelum ini dijadualkan menerima 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca akhir Mac ini, manakala 10 juta lagi dos dijangka diterima pada akhir April.
Setakat ini, Indonesia menggunakan vaksin keluaran syarikat China, Sinovac yang menyasarkan suntikan vaksin kepada lebih 182 juta penduduk negara itu.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, Indonesia mencatatkan 1.42 juta kes positif COVID-19, manakala jumlah pesakit yang sembuh sebanyak 1.24 juta.
Proses vaksinasi yang bermula sejak 13 Jan lepas, setakat ini telah menyuntik lebih 4.1 juta penerima untuk vaksin pertama, manakala bagi vaksin kedua melibatkan lebih 1.5 juta penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#tangguh
#vaksin
#AstraZeneca
#COVID-19
#pembekuan darah
#Menteri Kesihatan Indonesia
#budi gunadi sadikin
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan