awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tarik balik amaran tsunami

Bernama
Bernama
14/12/2021
09:39 MYT
Indonesia tarik balik amaran tsunami
Sebelum ini, amaran tsunami sudah dikeluarkan untuk Maluku, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Selatan, Sulawesi Utara, tetapi ditarik balik beberapa jam kemudian. - Gambar hiasan
JAKARTA: Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan awal Selasa selepas gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Timur.
Gegaran itu mencetuskan panik, dengan video yang disiarkan saluran berita tempatan menunjukkan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pusat gempa adalah di sekitar Larantuka, di timur Pulau Flores.
Sebelum ini, amaran tsunami sudah dikeluarkan untuk Maluku, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Selatan, Sulawesi Utara, tetapi ditarik balik beberapa jam kemudian.
Ketua Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) Dwikorita Karnawati berkata pemantau hanya mengesan gelombang tsunami kecil di wilayah itu.
"Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Orang ramai boleh pulang ke rumah mereka, tetapi perlu berwaspada terhadap gegaran susulan dan memastikan bangunan mereka selamat," katanya pada sidang akhbar di Jakarta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tsunami
#Indonesia
#gempa bumi
#Nusa Tenggara Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan