awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tawar sokongan susulan gempa bumi Myanmar-Thailand

Bernama
Bernama
29/03/2025
02:00 MYT
Indonesia tawar sokongan susulan gempa bumi Myanmar-Thailand
Orang ramai menunggang motosikal di sebelah bangunan yang runtuh susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar. - Foto REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto merakamkan ucapan takziah dan berikrar memberikan sokongan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar pada Jumaat, menyebabkan kerosakan infrastruktur yang ketara dan mendorong kerajaan tentera Myanmar mengisytiharkan darurat.
Gegaran turut dirasai di bandar berdekatan, termasuk Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City, mengakibatkan kemusnahan meluas serta mengorbankan lebih 140 orang, terutamanya di Myanmar.
Dalam kenyataan di akaun rasmi X beliau, Presiden Prabowo berkata: "Saya mengucapkan takziah yang mendalam atas gempa bumi dahsyat yang melanda Myanmar dan Thailand. Doa dan ingatan kami bersama rakyat kedua-dua negara pada masa yang sukar ini."
Beliau menambah bahawa Indonesia "bersedia untuk menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk usaha pemulihan di kawasan yang terjejas."
I extend my deepest condolences for the devastating earthquake that struck Myanmar and Thailand. Our thoughts and prayers are with the people of both countries during this difficult time. Indonesia stands ready to provide all necessary support for recovery efforts in the
— Prabowo Subianto (@prabowo) March 28, 2025
Indonesia sebelum ini telah menghantar 15 anggota pasukan perubatan serta 50.5 tan bekalan, termasuk bahan perubatan, makanan dan logistik, bagi membantu Vanuatu susulan gempa bumi pada 17 Disember tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Indonesia mengesahkan bahawa tiada warganegaranya yang terjejas dalam gempa bumi di Myanmar.
Kedutaan Indonesia di Yangon sedang memantau dengan rapat situasi dengan pihak berkuasa tempatan, manakala kira-kira 250 rakyat Indonesia di Myanmar, termasuk di Mandalay, melaporkan mereka selamat.
Di Thailand, di mana seramai 2,379 rakyat Indonesia menetap, kedutaan di Bangkok tidak menerima sebarang laporan mengenai warganegara yang terjejas akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan kementerian.
Pihak berkuasa di Myanmar dan Thailand terus menilai tahap kemusnahan sepenuhnya, dengan bantuan antarabangsa mula tiba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#sokongan
#takziah
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan