awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tawarkan FTA terhad kepada AS bagi tambah baik rantaian bekalan mineral - Menteri

Bernama
Bernama
10/04/2023
10:52 MYT
Indonesia tawarkan FTA terhad kepada AS bagi tambah baik rantaian bekalan mineral - Menteri
Luhut berkata, Indonesia tidak mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan AS, tetapi mencadangkan perjanjian perdagangan bebas yang terhad. - Facebook Luhut Binsar Pandjaitan
MOSCOW: Indonesia akan menawarkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) kepada Amerika Syarikat (AS) bagi menambah baik rantaian bekalan mineral yang digunakan dalam penghasilan bateri kenderaan elektrik, kata Menteri Pelaburan Indonesia Luhut Pandjaitan pada Isnin.
"Kami (Indonesia) tidak mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan mereka (AS). Tetapi kami mencadangkan perjanjian perdagangan bebas yang terhad," kata Luhut kepada pemberita.
Beliau merancang untuk bertemu dengan ketua pegawai elsekutif (CEO) Ford dan Tesla untuk membincangkan tawaran ini apabila beliau berlepas ke AS hujung minggu ini, lapor Sputnik.
FTA yang dicadangkan secara khusus akan meliputi bijih nikel, antara mineral lain, dan serupa dengan perjanjian yang ditandatangani AS dengan Jepun pada akhir Mac, kata Timbalan Menteri Pelaburan Indonesia Septian Hario Seto, seperti dipetik oleh media Indonesia Detik.
Bulan lalu, media melaporkan bahawa Indonesia merancang untuk menggunakan deposit bijih nikel terbesar di dunia untuk menarik pelaburan pengeluar bateri kereta elektrik, seperti Tesla dan Ford.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Amerika Syarikat
#rantaian bekalan
#FTA
#Luhut Pandjaitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan