awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber

Bernama
Bernama
23/09/2022
08:22 MYT
Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber
Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu. - Gambar fail
JAKARTA: Indonesia menegaskan keperluan untuk menyusun semula strategi memerangi keganasan alam siber bagi mengekang ancaman masa kini dan masa depan.
Menteri Luar Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu.
Mesyuarat GCTF diadakan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Peringkat bertujuan merancang keutamaan dan aktiviti pada masa hadapan.
Retno, yang mempengerusikan secara bersama mesyuarat kumpulan memerangi ekstremisme ganas, berkata: "Ancaman keganasan terus meningkat di alam siber."
Beliau menegaskan bahawa pendekatan secara menyeluruh melibatkan kerajaan serta masyarakat, terutamanya wanita amat penting dalam membanteras ekstremisme dan menangani keganasan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau menyeru pengukuhan kerjasama pakar teknologi untuk mencegah penggunaan infrastruktur maklumat bagi menangani keganasan siber.
Unit Perisikan Kewangan juga perlu bekerjasama dengan institusi perbankan dan kewangan untuk memutuskan rantaian pembiayaan keganasan, termasuk bertindak balas terhadap trend baharu, seperti penggunaan mata wang maya.
GCTF, ditubuhkan pada 2011, memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan rangkaian dalam memerangi keganasan, serta berkongsi pengalaman, pembinaan kapasiti, dan amalan terbaik.
Indonesia dan Australia baru-baru ini melancarkan pendekatan gender-sensitive untuk menangani ekstremisme.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan siber
#Indonesia
#ancaman
#Retno Marsudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan