JAKARTA: Indonesia menandatangani perjanjian pada 28 Mac untuk membeli dua kapal selam Scorpene Evolved Full Lithium-Ion (LiB) daripada Naval Group, Perancis dan PT PAL, syarikat pembinaan kapal terbesar di Indonesia.
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia di limbungan kapal PT PAL, menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group dan menggunakan sepenuhnya aset PT PAL.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naval Group, Pierre Eric Pommellet melahirkan keyakinan terhadap pilihan Indonesia, sambil menyatakan potensi kapal selam itu untuk memperkukuh kedaulatan maritim negara berkenaan.
"Kerjasama strategik kami dengan PT PAL juga akan menyokong industri pertahanan Indonesia untuk secara aktif mempersiapkan masa depan peperangan tentera laut di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Presiden PT PAL, Dr Kaharuddin Djenod memuji komitmen kerajaan Indonesia untuk memajukan teknologi pertahanan kejuruteraan tempatan, terutamanya dalam teknologi kapal selam.
"Pada masa akan datang, Indonesia dijangka mampu menguasai teknologi kapal selam," katanya.
Selain daripada dua kapal selam Scorpene Indonesia, Naval Group mempunyai 14 unit lain yang beroperasi atau sedang dalam pembinaan di seluruh dunia, termasuk untuk Tentera Laut Chile, Tentera Laut Malaysia, Tentera Laut Brazil dan Tentera Laut India.
Kapal selam Scorpene Evolved mempunyai ciri-ciri untuk meningkatkan keupayaan maritim, dengan anjakan permukaan 1,600 hingga 2,000 tan dan kelajuan tenggelam lebih 20 knot.
Dengan 31 kru dan sistem senjata canggih, ia memastikan ketersediaan operasi di laut selama lebih dari 240 hari setahun. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Indonesia menandatangani perjanjian pada 28 Mac untuk membeli dua kapal selam Scorpene Evolved Full Lithium-Ion (LiB) daripada Naval Group, Perancis dan PT PAL, syarikat pembinaan kapal terbesar di Indonesia.
GISB: Pembentangan kertas cadangan anak asuhan ditangguhkan
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan 572 kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan sementara.
[TERKINI] 9 termasuk 4 isteri ahli lembaga GISB dilanjut reman
Sembilan termasuk empat isteri Ahli Lembaga GISB Holding Sdn Bhd dilanjutkan reman antara satu dan dua hari.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Lagi pemimpin Hamas mati dalam serangan Israel
Pemimpin Hamas Tulkram Zahi Yaser Abd al-Razeq Oufi antara 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar itu yang diduduki di Tebing Barat.
Ribut petir dijangka landa hampir semua negeri petang ini
Ribut petir atau hujan lebat diramal berlaku di hampir semua negeri hingga 4 petang ini, menurut METMalaysia.
Kertas cadangan mengenai anak asuhan GISB dijangka dibentang minggu depan - Nancy
Pembentangan kertas cadangan melibatkan penjagaan dan masa depan kanak-kanak dan remaja yang dikaitkan dengan GISB sepatutnya dibentangkan minggu ini ditangguhkan.
Penyamar pelbagai profesion tipu tawaran kerja juruterbang
Seorang lelaki yang dikatakan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan menipu menyebabkan kerugian RM24,000 antara 2016 hingga 2018.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Govinda janji persembahan penuh kejutan
Muhammad Irfan berkata, penerimaan positif peminat tempatan menjadi pendorong utama kumpulan itu untuk mengadakan konsert eksklusif itu.
Indonesia bertanding kerusi tidak tetap UNSC bagi penggal 2029-2030
Indonesia bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2029-2030.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Debat asal usul batik, netizen Malaysia-Indonesia masih 'bertempur' di alam maya
Sejurus menerima hadiah baju batik daripada peminat, IShowSpeed bertanya kepada pemandu pelancongnya berhubung negara asal batik.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Gempa bumi 5.7 pada skala Richter landa barat Indonesia
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.