awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tetapkan harga minyak masak

Bernama
Bernama
19/01/2022
06:51 MYT
Indonesia tetapkan harga minyak masak
Untuk minyak masak yang dijual di pasar raya, dasar satu harga akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan. - Gambar hiasan
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mula melaksanakan dasar satu harga untuk minyak masak bermula tengah malam 19 Januari, kata Menteri Perdagangan Muhammad Lutfi.
Harga jualan minyak masak di negara itu ditetapkan pada Rp14,000 (hampir AS$1) seliter, lapor VNA.
Dalam sidang media yang diadakan pada 18 Januari, Lutfi berkata harga tetap itu terpakai untuk semua jenis minyak masak dalam bungkusan premium ataupun ringkas.
Ia disasarkan untuk kegunaan isi rumah, serta perniagaan kecil dan mikro, kata menteri itu.
Bagi fasa awal, harga itu akan terpakai untuk produk minyak masak yang dijual secara runcit di kedai-kedai moden atau untuk ahli Persatuan Pengusaha Peruncitan Indonesia (Aprindo).
Untuk minyak masak yang dijual di pasar raya, dasar satu harga akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan.
Presiden Indonesia Joko Widodo awal bulan ini menggesa Menteri Perdagangan Lutfi dan pegawai kementerian supaya cari jalan mengekalkan kestabilan harga minyak masak domestik berikutan kenaikan harga komoditi itu baru-baru ini dalam pasaran eksport.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#minyak masak
#harga minyak masak
#menteri perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan