awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah

Bernama
Bernama
28/11/2023
11:53 MYT
Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Bakal jemaah hanya perlu membayar 60 peratus daripada kos sebenar yang berjumlah 93.4 juta rupiah (RM28,271) manakala bakinya ditanggung daripada dana diurus Badan Pengurusan Kewangan Haji. - Gambar AP Photo/Amr Nabil
JAKARTA: Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.
Bakal jemaah hanya perlu membayar 60 peratus daripada kos sebenar yang berjumlah 93.4 juta rupiah (RM28,271) manakala bakinya ditanggung daripada dana diurus Badan Pengurusan Kewangan Haji.
Perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat antara Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat dan Kementerian Agama diketuai menterinya Yaqut Cholil Quomas pada Isnin.
Yaqut menjelaskan kos haji dipengaruhi nilai pertukaran matawang Rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat dan riyal Arab Saudi terhadap pembayaran pengangkutan, hotel, penerbangan, visa, insuran dan wang saku.
Jumlah jemaah haji Indonesia tahun depan meningkat kepada 241,000 orang berbanding 221,000 orang pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kos haji
#jemaah
#Badan Pengurusan Kewangan Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan