awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tetapkan Pemilu, Pilpres 24 Februari 2024

Agensi
Agensi
25/01/2022
09:41 MYT
Indonesia tetapkan Pemilu, Pilpres 24 Februari 2024
Sebelum ini, timbul spekulasi menuduh kerajaan Jokowi sengaja melanjutkan penggal pentadbirannya dengan menundakan Pemilu sehingga 2027. - Gambar fail BERNAMA
JAKARTA: Indonesia bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) secara serentak pada 14 Februari 2024.
Memetik laporan Antara News, pengumuman itu juga menyaksikan semua badan berkaitan, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu) dapat membuat persiapan.|
Khabar terbaharu itu mengakhiri banyak spekulasi kebelakangan ini terutamanya berkaitan penundaan Pemilu dan pentadbiran Presiden, Joko Widodo (Jokowi).
Sebelum ini, timbul spekulasi menuduh kerajaan Jokowi sengaja melanjutkan penggal pentadbirannya dengan menundakan Pemilu sehingga 2027.
Dalam pada itu, persetujuan mengenai tarikh baharu itu dicapai dalam mesyuarat bersama Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Kementerian Dalam Negeri, KPU dan Bawaslu di Parlimen.
Mesyuarat itu juga bersetuju menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024.
Selain itu, ketetapan program dan jadual pelaksanaan Pemilu 2024 akan ditetapkan selepas penelitian DPR, kerajaan dan badan-badan berkaitan.
KPU mengusulkan cadangan supaya tempoh kempen disingkatkan selama empat bulan atau 120 hari bermula 14 Oktober 2023.
Namun, Kementerian Dalam Negeri pula mencadangkan supaya kempen berlangsung selama 90 hari sahaja.
Ia bagi memudahkan semua urusan dan berpendapat kempen juga boleh dibantu penggunaan teknologi terkini seperti media sosial.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Indonesia
#Pilpres
#Pemilu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan