awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi di Britain terus beri tekanan kepada penduduk

Agensi
Agensi
04/08/2023
12:20 MYT
Inflasi di Britain terus beri tekanan kepada penduduk
Isi rumah di UK terus berdepan tekanan inflasi tinggi meskipun Bank of England telah meningkatkan kadar faedah untuk menangani kos sara hidup. - REUTERS/Phil Noble
LONDON: Isi rumah di United Kingdom terus berdepan tekanan inflasi tinggi meskipun Bank of England telah meningkatkan kadar faedah untuk menangani kos sara hidup.
Memetik Reuters, BoE dalam satu kenyataan melaporkan menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 0.25 mata peratus kepada 5.25 peratus.
Dalam pada itu, kadar inflasi yang tinggi di United Kingdom telah membebankan penduduk negara itu disebabkan harga makanan dan bahan api terus meningkat secara menyeluruh.
Salah seorang penduduk yang namanya tidak didedahkan memaklumkan kenaikan harga dilihat membebankan ramai pihak di negara itu.
"Inflasi menjejaskan semua orang. Semua orang akan masuk ke pasar raya dan perlu membeli makanan untuk dimakan. Ia menjejaskan mereka. Jelas sekali bermakna anda tinggal sedikit wang pada penghujung hari.
"Bayaran ansuran rumah saya kekal hingga Disember dan selepas itu saya tidak tahu apa yang bakal terjadi. Saya mungkin akan kehilangan rumah saya,” katanya.
Dalam masa sama, seorang lagi penduduk UK yang juga namanya tidak didedahkan mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak kerana tidak berjaya mengekalkan kewangan ekonomi di negara itu di tahap terbaik.
"Saya tidak fikir Rishi Sunak mahir tentang ekonomi. Dan lucunya itulah platform yang membawa beliau ke dalam pentadbiran, iaitu sebagai seorang yang bagus dalam bidang ekonomi. Saya tidak fikir dia pakar dalam ekonomi," katanya.
Sementara itu, UK dilaporkan berada dalam cengkaman inflasi tinggi lebih daripada tempoh setahun. Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat sebanyak 7.9 peratus dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun. CPI teras, tidak termasuk tenaga, makanan, alkohol dan tembakau, meningkat kepada 6.9 peratus.
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengguna
#Rishi Sunak
#United Kingdom
#Inflasi UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan