BUNYINYA memang macam tidak masuk akal, tetapi insiden seorang suami baru sedar tertinggal isteri dan anaknya selepas dua jam perjalanan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri memang benar-benar terjadi.
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.
Mengikut laporan media Indonesia, tiga beranak itu bertolak daripada rumah bersama sebelum suaminya berasa telah salah jalan.
Isteri dan anaknya kemudian turun daripada motor sementara sang suami yang dikenali sebagai Adam memikirkan arah jalan yang betul.
Malangnya, Adam tidak sedar dia telah meninggalkan isterinya, Siti Aminah dan anak di kawasan motor mereka mengalami masalah di sekitar Brebes. Dia hanya menyedari tertinggal dua pembonceng sewaktu tiba di kawasan Pekalongan.
Dan jarak antara Brebes sehingga Pekalongan adalah sekitar 70 kilometer bersamaan dengan dua jam perjalanan.
Pasangan itu bagaimanapun ‘bersatu’ selepas Siti Aminah dan anaknya ditumpangkan oleh orang awam dan dibawa kepada pihak berkuasa yang menjaga lalu lintas di Brebes.
Menurut Adam, dia langsung tidak sedar anak dan isterinya tiada di atas motor, malah sempat panik selepas menyedari mereka tiada.
Adam fikir anak dan isterinya telah jatuh daripada motor sebelum dia melihat telefon dengan mempunyai 21 panggilan dari nombor tidak dikenali tidak berjawab.
Dia kemudian menelefon semula nombor tersebut yang diketahui milik pihak berkuasa sebelum berpatah balik ke Brebes yang mengambil masa perjalanan dua jam untuk mengambil isteri dan anaknya yang tercicir. -- Gempak
Gempak
Fri Apr 21 2023

Pasangan itu bagaimanapun bersatu selepas Siti Aminah dan anaknya ditumpangkan oleh orang awam dan dibawa kepada pihak berkuasa yang menjaga lalu lintas di Brebes.- Foto Kompas
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Kira-kira 109 bas dari Johor berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Penilaian ancaman penculikan di Laut Sulu-Sulawesi tunjuk trend positif - ESSCOM
Penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif.
AWANI Pagi: Amalan Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui Dalam Kehidupan
Bersama dua pakar dari UMPSA, Prof Madya Ts Dr. Herma Dina Setiabudi dan Ts. Mohd Nurul Akla Mohd Azlan mengenai bagaimana mengadaptasi amalan lestari dan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam kehidupan seharian.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk
Penduduk sifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam.

Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.
![[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang [KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674794172_BetingPatinggiAli.jpg)
[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang
Malaysia perlu tingkatkan kerjasama dengan negara ASEAN lain yang menghadapi cabaran serupa, bentuk pendirian yang padu dan koheren.

Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.

40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya berjaya dibina - Nanta
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.

Ingat isteri dan anak terjatuh, suami tertinggal pembonceng lepas 2 jam perjalanan balik raya
Kejadian tersebut berlaku beberapa hari lalu apabila pasangan suami isteri dan seorang anak mereka mahu pulang ke Kediri, Jawa Timur dari Jakarta.