Proses daftar masuk, kenaikan penumpang kembali normal - MAHB

MAHB memaklujmkan bahawa operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang di Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
Ringkasan AI
- Sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang Malaysia pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
- Operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa.
- MAHB dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan bagi memastikan pemprosesan berjalan lancar.
"Pasukan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan untuk memastikan pemprosesan berjalan lancar.
"Kami berterima kasih kepada para pengguna atas kesabaran serta kerjasama mereka berhadapan dengan kejadian ini," kata MAHB.
Terdahulu, gangguan sementara yang melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang di Malaysia.
Gangguan tersebut telah menjejaskan pemprosesan penumpang, mendorong syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbangnya untuk mengaktifkan prosedur keadaan luar jangka.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pengumuman terkini yang dibuat oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkenaan sistem pemprosesan penumpang di lapangan terbang Malaysia? A: MAHB mengumumkan bahawa sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang Malaysia kini telah pulih sepenuhnya oleh penyedia sistem.
- Q: Apakah kesan gangguan sementara sistem pemprosesan penumpang global terhadap operasi lapangan terbang di Malaysia? A: Gangguan tersebut telah menjejaskan pemprosesan penumpang, memaksa syarikat penerbangan untuk mengaktifkan prosedur keadaan luar jangka.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

