PRAGUE :Menteri Kesihatan Republik Czech, Roman Prymula didesak untuk meletak jawatan kerana ingkar arahan sekatan COVID-19 di negara itu.

Perkara itu disuarakan sendiri Perdana Menteri Andrej Babis pada Jumaat selepas mendapati Prymula mengunjungi sebuah restoran.

Sebelum ini media tempatan melaporkan Prymula mengunjungi sebuah restoran di Prague untuk bertemu seorang ahli politik senior beberapa jam selepas beliau membuat pengumuman arahan sekatan baharu.

Sekatan terbaharu itu termasuk penutupan restoran, bar dan sekolah selepas kes positif melonjak di negara itu.

Malah beberapa parti lain termasuk parti Demokrat Sosial mendesak peletakan jawatan itu yang turut menyifatkan pelanggaran undang-undang itu tidak dapat diterima.