awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini pemandu bas paling pendek di dunia, pecah rekod dunia Guinness!

Agensi
Agensi
17/09/2020
06:21 MYT
Ini pemandu bas paling pendek di dunia, pecah rekod dunia Guinness!
Menurut jurucakap Guinness World Record, Frank (gambar) begitu gembira berjumpa dengan orang ramai dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat, setiap hari - Gambar REUTERS
DARIPADA hiburan kepada sukan sehinggalah kepada saiz fizikal seseorang, Guinness World Record terus memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang menarik dan memberi inspirasi kepada masyarakat.
Terbaharu, seorang pekerja dari Hampshire, London memecah rekod dunia Guinness selepas menjadi pemandu bas paling pendek di dunia dengan ketinggian 136.2 sentimeter (4 kaki 5.6 inci).
Lelaki itu, Frank Faeek Hachem sebelum ini memandu kereta biasa selama lebih 20 tahun sebelum pada tahun 2017, dia nekad untuk mengambil lesen memandu bas.
Memetik Mirror.co.uk, tiada sebarang pengubahsuaian khas dibuat terhadap bas tersebut, sebaliknya Frank hanya mengubah tempat duduk dan stereng sebelum memulakan perjalanan dengan kenderaan berat itu.
Menurut jurucakap Guinness World Record, Frank begitu gembira bertemu dengan orang ramai dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat, setiap hari.
“Ini adalah sumber kebanggaan kepada dirinya, terutama sebagai pekerja sektor penting terutama sewaktu penularan wabak COVID-19,” kata jurucakap berkenaan.
Selain Frank, turut tersenarai dalam rekod tersebut ialah pemegang rekod British, Marco George yang memecah rekod membonceng motosikal paling laju dengan aksi ‘headstand’ pada kelajuan 122.59 kilometer/jam.
Sementara itu, Luke Roberts pula tersenarai dalam Guinness World Record selepas berjaya melatih tikusnya menyelesaikan 28 cakaran dan lapan lompatan melalui gelungan dalam tempoh 30 saat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pemandu bas paling pendek di dunia
#Rekod Guinness World Record
#Tikus tersenarai dalam Guinness World Record
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan