Mangsa kelapan, remaja yang terperangkap di dalam gua Tham Luang sejak 23 Jun lalu disahkan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.
Ini bermakna, sejumlah empat remaja telah berjaya diselamatkan dalam operasi pada Isnin.
Ia menjadikan empat lagi remaja dan seorang jurulatih masih lagi terperangkap di dalam gua berkenaan.
Lapor CNN, operasi ditangguhkan sementara untuk hari ini kerana sudah malam dan akan disambung esok.
Sementara itu, menerusi catatan dalam Facebook malam ini, anggota unit SEAL Tentera Laut Diraja Thailand mengesahkan kejayaan menyelamat empat lagi remaja lelaki dari Akademi Bola sepak "Mu Pa" dari gua yang ditenggelami air dalam operasi yang kompleks dan berisiko bermula sebelum tengah hari tadi.
Unit elit tentera laut itu juga dikenali sebagai Underwater Demolition Team (UDT) dari angkatan tentera negara itu. Seorang daripada bekas anggotanya terkorban semasa operasi menyelamat beberapa hari lalu.
Anggota penyelam SEALS Thailand itu menjadi tulang belakang dalam operasi menyelamat yang dijalankan bersama anggota penyelam dari beberapa negara asing.
Unit itu tidak memaklumkan bila remaja lelaki itu dibawa keluar dari gua tetapi menurut media tempatan yang memetik sumber-sumber, remaja pertama dibawa keluar pada jam 4.45 petang (5.45 petang di Malaysia) dan diterbangkan ke Hospital Prachanukroh di Chiang Rai untuk mendapatkan rawatan segera.
Dua lagi remaja kemudian dikeluarkan dari gua pada jam 6.20 petang dan 6.30 petang (7.20 malam dan 7.30 malam sementara remaja keempat diterbangkan ke Chiang Rai kira-kira jam 8 malam, menurut media tempatan.
Remaja lelaki itu diberi rawatan perubatan oleh anggota tentera yang ditempatkan berhampiran gua sebelum dibawa ke hospital wilayah
Tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan buat masa ini mengenai operasi menyelamat empat remaja dari pasukan bola sepak itu walaupun bekas Gabenor Chiang Mai, Narongsak Ossothanakorn dijangka bertemu media lewat malam ini untuk taklimat harian.
Empat remaja lelaki dibawa keluar dengan selamat dari gua pada malam Ahad.
Dalam pada itu, lima lagi anggota pasukan bola sepak remaja itu masih terperangkap dalam gua dan dijangka diselamatkan pagi esok.
Dua belas remaja lelaki berusia 11 dan 25 tahun itu bersama jurulatih mereka dari Akademi Bola Sepak Mu Pa telah terperangkap dalam gua yang digenangi air selama 17 hari.
Operasi untuk menyelamat mereka yang masih terperangkap dalam gua tersebut, disambung semula kira-kira 11 pagi (12 tengah hari di Malaysia) Isnin selepas ditangguhkan malam tadi selepas empat remaja pertama berjaya dibawa keluar malam tadi.
Operasi menyelamat ditangguhkan malam tadi kerana pasukan penyelamat perlu mengisi semula tangki oksigen kosong yang digunakan oleh anggota penyelam semasa misi sebelumnya.
Agensi
Mon Jul 09 2018
Ia menjadikan empat lagi remaja dan seorang jurulatih masih lagi terperangkap di dalam gua berkenaan.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
The Cave: Filem misi menyelamat gua Tham Luang mula ditayangkan
"The Cave" turut dibintangi empat penyelam yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat pada 2018.
Gua Tham Luang dibuka kepada orang ramai
Gua Tham Luang yang mengakibatkan 12 kanak kanak terperangkap selama 12 hari dalam tragedi banjir gua tahun lalu, kini dibuka untuk orang awam secara rasmi.
Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum mengikuti jelajah gua
Terdapat 100 kali ganda lebih banyak gua yang masih belum diterokai atau diketahui oleh kita secara kolektif.
JBPM Kelantan cadang perkenal SOP panjat gunung
Bomba Kelantan bakal tetapkan SOP untuk pendaki gunung dan peneroka gua di negeri berkenaan bagi memastikan keselamatan setiap peserta ekspedisi.
Penyelamat temui 12 remaja dan jurulatih bola sepak Thai yang hilang
Pasukan penyelamat Thailand telah menemui 12 remaja dan seorang penolong jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua.