UVALDE: Seorang guru, antara 21 yang terkorban dalam serangan di Sekolah Rendah Robb, telah dikenal pasti.

Mangsa dikenali sebagai Eva Mireles, seorang guru yang telah mengajar selama 17 tahun di sekolah tersebut.

Ibu saudara Mireles, Lydia Martinez Delgado, berkata anak saudaranya itu ditembak dan dibunuh lelaki bersenjata ketika cuba melindungi pelajarnya yang berusia di antara 9 hingga 10 tahun.

Dalam temu bual telefon dengan New York Times, Delgado berkata Mireles yang berusia awal 40-an, dan mempunyai seorang anak merupakan seorang yang sangat suka mengajar.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] 21 maut dalam insiden tembakan di sekolah rendah Texas

Tembakan di Texas | Terdiri daripada murid gred dua, tiga & empat

Sekurang-kurangnya 19 pelajar dan seorang guru maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat pada Selasa.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, turut terkorban dalam insiden itu.

Motif kejadian masih disiasat.